‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Thursday, February 9, 2012

Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal atau Murtad

Bagaimana Syahadah seseorang muslim itu boleh terbatal?  Sebagai seseorang yang beragama Islam kita perlu sentiasa menjaga syahadah kita agar tidak terbatal ataupun 'murtad' walau apapun alasan yang diberikan.  Kerana dengan terbatalnya syahadah kita dan tidak sempat bertaubat dan mati maka sia-sialah amalan kebaikan yang kita lakukan.  Jadi marilah sama-sama kita menjaga syahadah kita dan berdoa agar kita dipeliharakan akidah kita.  >>Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal atau Murtad<< 1. Sujud/tunduk kepada berhala acara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.  2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Akkah yang mulia. Sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis Nabi s.a.w., Hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta laranganNya dan sebagainya.  3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiar (pilihan sendiri, bukan paksaan).  4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. Begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:  Maksudnya: “Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya” (Surah al-Baqarah 2: 217) nauzubillah min zalik...
**Berkaitan tentang meninggalkan solat Jumaat** >>Apakah hukum solat Jumaat?<< Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an. Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam.  Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur.  Akan tetapi, ia hanya diterima jika kerana sebab-sebab berikut : - jika terlalu sakit,  - jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat,  - jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir. wallahu a'lam...  

No comments:

Post a Comment