‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Friday, February 10, 2012

HUKUM HARAM MENYENTUH ANJING

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma Ulama', Ulama'. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma Ulama' adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam. Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah. Dalam memahami syariah Islam, kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Kufur kepada sunnah Nabawiyah sama seperti kufur kepada Al-Quran. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari wahyu Allah SWT juga. Adapun dalil dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut: Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila seekor anjing minum dari bekas milik kalian, maka cucilah 7 kali." Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah. Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis, bahkan kedudukan najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah), kerana untuk mensucikannya dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air tanah, sama seperti najis babi. Bagi Mazhab As-Syafiiey‚ Makkiiyyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada pandangan Syafiieyy‚ Makkiiyyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya. Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda: "Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis. Wallahua'lam. (petikan dari seorang sumber yang arif)

No comments:

Post a Comment