‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Friday, February 10, 2012

ANTARA 10 PERKARA TIDAK DITERIMA SOLATNYA OLEH ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MEMELIHARA solat, maka solat itu sebagai CAHAYA baginya, PETUNJUK dan JALAN SELAMAT dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba’. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang SOLATNYA itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan KEMURKAAN Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.”

No comments:

Post a Comment