‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Friday, February 10, 2012

SOLAT AKHIR WAKTU

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free" Sekatan tol tiada Tiada "jem" Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah?. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka.. Jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga, La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin. Assalaamu'alaikum, Minta tolong Akh s2s, Ustaz Kamin atau sesiapa saja beri penerangan beserta dalil seputar mengerjakan solat Isya' - mengenai dua (?) pendapat bagi batas akhir solat Isya' serta 'anjuran melambatkan sedikit' (?) solat Isya'. Terima kasih atas responnya nanti. wassalaamualaikum tiara jawapan: THTL- Spt yg dijanjikan, inilah jawapan berdasarkan dalil Satu: Waktu solat Isyaa' Hadis # 1: Dari Aisyah ra " hendaklah kalian solat Isya' ('Atamah), waktunya bila lenyapnya syafaq (ufuq merah) iaitu hingga sepertiga awal malam (pukul 10:00 hingga 11:00 malam). (Sahih alBukhari (kitab alAzan/1/219)) Hadis #3: Dari Anas ra " Nabi saw telah melewatkan solat Isyaa' hingga ke sparuh malam, barulah baginda solat." (Muttafaq 'alayh; Nail alAwthor/2/12) Maka waktu mustahab atau waktu afdhal bg solat isya' ialah sekitar pukul 10:00 atau 11:00 malam (Syaukani, Sail alJarar: /183; Sadiq Hasan Kha, syarh adDurar: 1/70) DUA: Solat di Awal Waktunya Dalil #1: Dari Ibn Mas'ood ra " aku bertanya RasuluLlah saw, apakah amal yg lebih disukai ALlah?" Sabda baginda," asolah 'ala WAQTIHA" (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yg benar ialah solat pada waktunya) Bukhari-Muslim (alMundziri, atTarghieb/1/220) Dalil#2: Juga dari Ibn Mas'ood tapi matanya ialah "assolah fi awwali Waqtiha" (solat pada awal waktunya) (Sunan adDaruqutni: 1/246 no 4, Sahih Ibn Khuzaimah 1/169, Sahih ibn Hibban no 1475, alHakim, almustadrak 1/300 no 677) Dalil#3: Dari Ibn Umar ra " solat pada awal waktu mendapat keredhaan Allah, solat pada akhir waktu mendapat kema'afan Allah." HR atTermdizi
Komentar Imam Syafi'iy mengenai hadis ini. Ia adalah hujah. Maksud keredhaan Allah ialah kerana solat diawal waktu adalah perbuatan Ihsan (excellence), manakala kema'afan Allah kerana telah cuai dgn melengah-lengahkan solat. Bagaimana kita menjama'kan dua dalil ini: Umumnya: afdhal solat dalam waktu atau awal waktu, manakala bagi solat Isya': khusus disebut afdhalnya diakhirkan. Tarjih: Fiqh Syafi'iy: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya'.(alMuhadzb: 1/53 Fiqh Maliki: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya' (syarh alKabir, 1/179) Fiqh Hanbali: Sunat solat pada awal waktu kecuali Isya'(jika tidak mendatangkan kesulitan makmum), jika mendatangkan kesulitan makmum, maka makruh dilewatkan (alMughni;1/385) Fiqh Hanafi (tidak dikaji kerana ia amat teknikal utk difahami) Fiqh Sunnah: Sunat dilewatkan solat Isya' tapi Nabi menghentikan kerana ia membebankan orang ramai (fiqh Sunnah, edisi tahqeeq: 1/134, darul fatah, cairo) Dalilnya: #1: Hadis Aisyah ra: "sekarang waktu yg sesungguhnya, KALAU tidaklah membebankan ummatku." Muslim, kitab almasajid hadis # 219 Kata alNawawi: inilah masanya bukanlah terlalu lewat sangat #2: Hadis Jabir ra " (baginda solat isya'. kekadang di undurkan (dilewatkan) kekadang dimajukan (diawalkan).." Bukhari, Muslim, alsahih, kitab almasajid, no 233) rumusan: bagi wanita yg solat di rumah, maka afdhal adalah dilewatkan sikit, itupun kalau disenangi suami. Jika suami tidak senang, maka hendaklah diawalkan.

No comments:

Post a Comment