‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Wednesday, May 29, 2013

GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN MASUK NERAKA

Rasulullah saw bersabda:

"aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yg masuk kedalamnya ialah golongan miskin,Sedangkan orang-orang kaya tertahan diluar pintu surga kerana dihisab. Selain itu, ahli neraka diperintahkan masuk ke neraka. Dan,aku telah berdiri diatas pintu neraka, aku melihat kebanyakan orang yg masuk ke dalamnya ialah wanita." (HR. Bukhari)

Apa saja yg menyebabkan wanita masuk neraka?
Di antaranya adalah:

1. MEMPAMERKAN AURAT

Aurat wanita hukumnya Wajib dijaga, kerana jika aurat itu sedikit saja tersingkap, maka setan akan menungganginya untuk membuat laki2 yg melihatnya tergoda nafsunya. Orang2 yg mnjaga auratnya selama hidup didunia berdasarkan tuntunan SYARIAH akan memperoleh belaian rahmat Allah swt  yang luasnya tak terkira.


2. MENYAKITI HATI SUAMI

Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw.bersabda:

" Tidak seorang wanita pun yang boleh menyakiti hati suaminya melalui kata-kata
kecuali Allah swt akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dira', kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."

Beberapa sikap yang tergolong dalam menyakiti hati suami:
-tidak mau melayani kebutuhan seks suami.
-membelanjakan harta suami tanpa izin dan
-meminta cerai tanpa alasan.

3. MENYUSUI ANAK ORANG LAIN TANPA IZIN SUAMI

4.KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI

Rasulullah saw bersabda :

"wanita adalah aurat. Jika ia keluar, setan akan mengikutinya."


5. TIDAK MANDI WAJIB DARI HAID DAN NIFAS

Rasulullah saw. melihat di antara kerumunan wanita yg menjerit-jerit dengann siksaan yang begitu pedih. Kaki dan tangan mereka diikat. Salah satu penyebabnya ialah mereka tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas.


6. BERSOLEK AGAR DILIHAT OLEH PANDANGAN AJNABI

 Ibnu Abbas meriwayatkan hadits dari rasulullah saw. bersabda :

"Apabila seorang wanita keluar rumah dgn bersolek dan memakai haruman (suami ridha) maka dibangunkan untuk suaminya sebuah rumah di neraka."


7. SUKA MEMBICARAKAN KEAIBAN ORANG LAIN


8. MENONJOLKAN DIRI SUPAYA TERKENAL

Bukan harta yg mnyebabkan manusia terperosok kelembah kehinaan melainkan kesalahan orientasinya sendiri.


9. TIDAK MENGERJAKAN SOLAT DAN INGKAR KEPADA ALLAH

Setinggi mana jua kejayaan apapun pencapaian kita selama hidup didunia, tetapi kita tidak pernah menjadikannya sebagai medium untuk menegakkan kalimat Allah swt, maka kelak kita akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah.

10. MENGADU DOMBA DAN SUKA BERDUSTA

Ketahuilah bahawa mengadu domba dan berdusta itu adalah sifat syaitan.


11. AHLI FITNAH.

Rasulullah saw. bersabda:
 "tidak aku tinggalkan setelahku suatu fitnah yg lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita."


12.KIKIR DAN MENUTUP DIRI DARI SESAMA

Orang-orang yg tidak menafkahkan hartanya di jalan Allah swt. seperti tidak berzakat atau derma kepada sesama, pasti mendapat siksa yg pedih.

Itulah golongan wanita-wanita yg di JAMIN masuk Neraka, kecuali mereka bertaubat kpd Allah swt. dengann bersunguh-sungguh.

Wednesday, May 1, 2013

IKHTIBAR HIKMAH TERANG DAN BERCAHAYA PADA PERMULAAN AMALNYA

Keperluan untuk kembali kepada Allah swt dengan mentaatiNya sejak awal lagi amat pentingkerana dalam keadaan biasanya ia menghasilkan natijah (kesudahan) yang baik.Sesiapa yang sentiasa memakmurkan usianya dengan berbagai-bagai jenis ketaatan,dan berterusan dengan berwirid nescaya kesudahannya dengan bercahaya dan gemilang dengan makrifah-makrifah.Sebaliknya kalau sikit ijtihad dan kesungguhannya,nescaya pada kebiasaanya sedikit pula kejayaannya.

Kesudahan yang baik pada setiap umur dan amalan hendaklah ia bermula dengan permulaan yang baik.Syeikh al-Buti berkata : Ibn al-Jalla berkata,

" Sesiapa yang lebih tinggi cita-citanya daripada segala makhluk,dia akan bertemu dengan tuan makhluk iaitu Allah swt dan sesiapa yang berhenti cita-citanya atas sesuatu tanpa kepada Tuhan,maka sebenarnya dia jauh daripada Tuhan kerana menganggap benda lain lebih besar."

Sebahagian ulama berkata :

"Segala martabat ini tidak kita dapati melainkan kita menghiasi diri dengan sifat zuhud yang sebenarnya."

Ibn 'Ajibah menegaskan bahawa :

"Melaksanakan ibadah keada Allah swt adalah kerana Allah swt dan bukan kerana yang lain.Hal demikian adalah kerana sesiapa yang hendak 'khususiat' (kelebihan),dia menjadi hamba kepada 'khususiat' (kelebihan yang khusus) dan hilanglah pahala daripada Allah swt sehingga dia bertaubat.Sebaliknya siapa yang beribadat kerana Allah swt,dia akan mendapat keuntungan 'ubudiyyah' dan Allah swt akan memberinya 'khususiat' tersebut tanpa diminta.
Syeikh Zarruq mentafsirkan hikmah ini dengan lebih jelas,katanya :

* Siapa yang bercahaya pada pemulaannya kerana kembali kepada Allah swt,pasti ia bercahaya pada akhirnya iaitu sampai kepada Allah swt.

* Siapa yang bercahaya pada permulaannya dengan 'iltizam' (berpegang kepada) tasawwuf,pasti bercahaya pada akhirnya iaitu terbuka hakikatnya.

* Siapa yang percaya pada permulaannya dengan berkorban kerana Allah swt,pasti bercahaya pada akhirnya dengan mendapat gantian daripada Allah swt.

* Siapa yang bercahaya pada permulaannya dengan mengangkat 'himmah'daripada segala makhluk,pasti bercahaya pada akhirnya dengan 'kasyaf' dan perhatian daripada Allah swt.

Hal ini adalah kerana permulaan mencerminkan kesudahan.Siapa yang permulaannya dengan Allah swt,pasti kepada Allah swt kesudahannya.

- Koleksi Syarah al-Hikam