‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Tuesday, February 28, 2012

RUKUN SOLAT

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori: 1. Qalbi (diingat dalam hati) 2. Qauli (diucap dengan lidah) 3. Fi'li (perbuatan) Rukun solat ada 13 perkara iaitu: 1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li] 2. Niat.[Qalbi] 3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli] 4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli] 5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li] 6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li] 7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li] 8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li] 9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li] 10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli] 11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli] 12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli] 13. Tertib [Qalbi] Note: tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah) Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

No comments:

Post a Comment