‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Monday, May 12, 2014

15 MUSUH SYAITAN

1. Rasulullah SAW.
2. Imam yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Peniaga yang jujur (benar).
5. Orang alim yang khusyuk.
6. Orang mukmin yang suka menasihati.
7. Orang mukmin yang murah hati (belas kasih).
8. Orang yang suka bertaubat dan tetap dengan taubatnya.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala perkara yang haram.
10. Orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk
11. Orang mukmin yang banyak bersedekah.
12. Orang mukmin yang berakhlak mulia.
13. Orang mukmin yang banyak berjasa kepada manusia.
14. Orang mukmin yang membaca al-Quran.
15. Orang mukmin yang suka bersolat tahajjud diwaktu malam.

Sunday, February 2, 2014

TANDA-TANDA HATI KOTOR

- Gelisah walaupun tiada masaalah
- Selalu berbangga dengan diri sendiri
- Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
- Sombong dan bongkak
-Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya
- Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
- Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya
- Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang
- Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
- Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang - Menyampaikan ilmu dengan riak
- Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
- Berpakaian elok untuk dipuji
- Derhaka kepada kedua ibu bapa
- Talam dua muka
- manis didepan tapi jahat dibelakang
- Suka mentuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
- solat yang tidak boleh khusyuk
- kagum terhadap diri sendiri
- selalu mencari salah orang
- cinta ikepada duniawi dan materialistik.
- mudah bersangka buruk terhadap orang
- membesar besarkan hal yang remeh temeh
- suka bergosip dan menabur fitnah
- Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi. 

*Sharing is caring, sebar-sebarkan okay ^_^

Wednesday, May 29, 2013

GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN MASUK NERAKA

Rasulullah saw bersabda:

"aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yg masuk kedalamnya ialah golongan miskin,Sedangkan orang-orang kaya tertahan diluar pintu surga kerana dihisab. Selain itu, ahli neraka diperintahkan masuk ke neraka. Dan,aku telah berdiri diatas pintu neraka, aku melihat kebanyakan orang yg masuk ke dalamnya ialah wanita." (HR. Bukhari)

Apa saja yg menyebabkan wanita masuk neraka?
Di antaranya adalah:

1. MEMPAMERKAN AURAT

Aurat wanita hukumnya Wajib dijaga, kerana jika aurat itu sedikit saja tersingkap, maka setan akan menungganginya untuk membuat laki2 yg melihatnya tergoda nafsunya. Orang2 yg mnjaga auratnya selama hidup didunia berdasarkan tuntunan SYARIAH akan memperoleh belaian rahmat Allah swt  yang luasnya tak terkira.


2. MENYAKITI HATI SUAMI

Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw.bersabda:

" Tidak seorang wanita pun yang boleh menyakiti hati suaminya melalui kata-kata
kecuali Allah swt akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dira', kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."

Beberapa sikap yang tergolong dalam menyakiti hati suami:
-tidak mau melayani kebutuhan seks suami.
-membelanjakan harta suami tanpa izin dan
-meminta cerai tanpa alasan.

3. MENYUSUI ANAK ORANG LAIN TANPA IZIN SUAMI

4.KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI

Rasulullah saw bersabda :

"wanita adalah aurat. Jika ia keluar, setan akan mengikutinya."


5. TIDAK MANDI WAJIB DARI HAID DAN NIFAS

Rasulullah saw. melihat di antara kerumunan wanita yg menjerit-jerit dengann siksaan yang begitu pedih. Kaki dan tangan mereka diikat. Salah satu penyebabnya ialah mereka tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas.


6. BERSOLEK AGAR DILIHAT OLEH PANDANGAN AJNABI

 Ibnu Abbas meriwayatkan hadits dari rasulullah saw. bersabda :

"Apabila seorang wanita keluar rumah dgn bersolek dan memakai haruman (suami ridha) maka dibangunkan untuk suaminya sebuah rumah di neraka."


7. SUKA MEMBICARAKAN KEAIBAN ORANG LAIN


8. MENONJOLKAN DIRI SUPAYA TERKENAL

Bukan harta yg mnyebabkan manusia terperosok kelembah kehinaan melainkan kesalahan orientasinya sendiri.


9. TIDAK MENGERJAKAN SOLAT DAN INGKAR KEPADA ALLAH

Setinggi mana jua kejayaan apapun pencapaian kita selama hidup didunia, tetapi kita tidak pernah menjadikannya sebagai medium untuk menegakkan kalimat Allah swt, maka kelak kita akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah.

10. MENGADU DOMBA DAN SUKA BERDUSTA

Ketahuilah bahawa mengadu domba dan berdusta itu adalah sifat syaitan.


11. AHLI FITNAH.

Rasulullah saw. bersabda:
 "tidak aku tinggalkan setelahku suatu fitnah yg lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita."


12.KIKIR DAN MENUTUP DIRI DARI SESAMA

Orang-orang yg tidak menafkahkan hartanya di jalan Allah swt. seperti tidak berzakat atau derma kepada sesama, pasti mendapat siksa yg pedih.

Itulah golongan wanita-wanita yg di JAMIN masuk Neraka, kecuali mereka bertaubat kpd Allah swt. dengann bersunguh-sungguh.

Wednesday, May 1, 2013

IKHTIBAR HIKMAH TERANG DAN BERCAHAYA PADA PERMULAAN AMALNYA

Keperluan untuk kembali kepada Allah swt dengan mentaatiNya sejak awal lagi amat pentingkerana dalam keadaan biasanya ia menghasilkan natijah (kesudahan) yang baik.Sesiapa yang sentiasa memakmurkan usianya dengan berbagai-bagai jenis ketaatan,dan berterusan dengan berwirid nescaya kesudahannya dengan bercahaya dan gemilang dengan makrifah-makrifah.Sebaliknya kalau sikit ijtihad dan kesungguhannya,nescaya pada kebiasaanya sedikit pula kejayaannya.

Kesudahan yang baik pada setiap umur dan amalan hendaklah ia bermula dengan permulaan yang baik.Syeikh al-Buti berkata : Ibn al-Jalla berkata,

" Sesiapa yang lebih tinggi cita-citanya daripada segala makhluk,dia akan bertemu dengan tuan makhluk iaitu Allah swt dan sesiapa yang berhenti cita-citanya atas sesuatu tanpa kepada Tuhan,maka sebenarnya dia jauh daripada Tuhan kerana menganggap benda lain lebih besar."

Sebahagian ulama berkata :

"Segala martabat ini tidak kita dapati melainkan kita menghiasi diri dengan sifat zuhud yang sebenarnya."

Ibn 'Ajibah menegaskan bahawa :

"Melaksanakan ibadah keada Allah swt adalah kerana Allah swt dan bukan kerana yang lain.Hal demikian adalah kerana sesiapa yang hendak 'khususiat' (kelebihan),dia menjadi hamba kepada 'khususiat' (kelebihan yang khusus) dan hilanglah pahala daripada Allah swt sehingga dia bertaubat.Sebaliknya siapa yang beribadat kerana Allah swt,dia akan mendapat keuntungan 'ubudiyyah' dan Allah swt akan memberinya 'khususiat' tersebut tanpa diminta.
Syeikh Zarruq mentafsirkan hikmah ini dengan lebih jelas,katanya :

* Siapa yang bercahaya pada pemulaannya kerana kembali kepada Allah swt,pasti ia bercahaya pada akhirnya iaitu sampai kepada Allah swt.

* Siapa yang bercahaya pada permulaannya dengan 'iltizam' (berpegang kepada) tasawwuf,pasti bercahaya pada akhirnya iaitu terbuka hakikatnya.

* Siapa yang percaya pada permulaannya dengan berkorban kerana Allah swt,pasti bercahaya pada akhirnya dengan mendapat gantian daripada Allah swt.

* Siapa yang bercahaya pada permulaannya dengan mengangkat 'himmah'daripada segala makhluk,pasti bercahaya pada akhirnya dengan 'kasyaf' dan perhatian daripada Allah swt.

Hal ini adalah kerana permulaan mencerminkan kesudahan.Siapa yang permulaannya dengan Allah swt,pasti kepada Allah swt kesudahannya.

- Koleksi Syarah al-Hikam

Friday, April 26, 2013

Pesan Rasulullah saw agar tidak mengahwini 6 Jenis Wanita.

Sabda Beliau :

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Thursday, March 14, 2013

HUKUM MELETAKKAN PATUNG ATAU GAMBAR DI DALAM RUMAH 2

Meletakkan patung perhiasan dan lukisan di dalam rumah banyak dibahaskan oleh para ulama sama ada ianya haram atau dibenarkan. Berikut adalah jawapan berkaitan hukum meletakkan patung perhiasan dan lukisan di dalam rumah yang disiarkan di dalam Majalah Al-Ustaz penulisan oleh Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Semoga ianya menjawab persoalan anda.

Patung Unsur Syirik

Apa hukum meletakkan patung perhiasan dalam rumah? Di rumah saudara saya terdapat banyak perhiasan dalaman berbentuk patung yang dibelinya dari luar negara yang dilawati sebagai kenangan.

Jawapan: Antara adab menghias rumah ialah tidak dibenarkan wujudnya unsur-unsur syirik seperti patung.

Bahkan Rasulullah pernah melarang hal ini dalam pesanannya kepada Aisyah dengan maksudnya :

“sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Patung Nabi Sulaiman

Namun menurut saudara saya itu, al-Quran sendiri membenarkannya sebagaimana patung-patung yang dibuat untuk Nabi Sulaiman

Jawapan: Berkaitan dengan patung yang terdapat dalam pemerintahan Nabi Sulaiman, ada baiknya jika kita bincangkan ayat berkenaan supaya terhindar silap faham.

Firman Allah mafhumnya : “Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki berupa bangunan-bangunan yang tinggi, tamathil (patung atau gambar) dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu kami perintahkan): ‘Beramallah kamu wahai keluarga Dawud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali antara hamba-ku yang bersyukur.” (Surah Saba’: 13)
Tafsiran Ulama

1
Memang benar patung ataupun gambar dibenarkan dalam syariat Nabi Sulaiman. Namun amalan ini diharamkan dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w.

2
Patung ataupun gambar yang dimaksudkan hanya merujuk kepada sesuatu yang tidak memiliki roh seperti pokok, laut dan pemandangan bukannya haiwan ataupun manusia

Tafsiran Pilihan

Dengan pentafsiran kedua ini, maka syariat Nabi Sulaiman menyamai syariat Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan hal ini selari dengna realiti dakwah para nabi sejak zaman berzaman iaitu menghalang manusia daripada menyembah patung berhala.

Perhatikan ucapan Nabi Ibrahim yang dirakamkan dalam al-Quran :

“Ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya : ‘Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?’” (Surah al-Anbiya’: 52)
Terdapat banyak hadis yang menekankan pengharaman gambar dan patung. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Baginda lagi dalam kesempatan lain yang bermaksud :

“Sesungguhnya para pelukis ini akan dikenakan azab pada akhirat. Lalu akan dikatakan kepada mereka: ‘Berikanlah nyawa pada apa yang kamu jadikan ini!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Apabila ditanyakan kepada Ibn Abbas tentang gambar yang dilukis, beliau mengatakan bahawa di akhirat nanti Allah akan menyuruh sesiapa yang melukis gambar yang memiliki roh agar meniupkan nyawa kepada gambar itu, sedangkan dia tidak akan dapat melakukannya.

Lanjutan itu Ibn Abbas berkata:

“Jika kamu inginkan juga, maka lukislah gambar pokok atau apa jua yang tidak mempunyai roh”
Berpandukan penjelasan oleh Ibn Abbas ini, harus hukumnya perhiasan berbentuk lukisan ayat-ayat suci al-Quran, gambar pemandangan seperti laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan benda yang tidak bernyawa.

Anak Patung

Bagaimana pula dengan hadis yang menyebut bahawa Aisyah, isteri Nabi pernah bermain dengan anak patung di dalam rumah tetapi Nabi tidak melarangnya?

Jawapan : Ya, hadis itu sahih riwayat Muslim. Apabila kita mengkaji lanjut tentang larangan membuat patung dan melukis gambar makhluk yang mempunyai roh, jelaslah kepada kita bahawa faktor larangannya kerana perkara ini dibimbangkan menjurus pada kesyirikan dan pemujaan serta usaha menandingi ciptaan Allah s.w.t.

Unsur ini tidak ada dalam patung permainan kanak-kanak. Menurut Muhammad Ali al-Sabuni dalam Rawa’i al-Bayan, patung-patung..

Wallahualam..

Wednesday, March 13, 2013

DOA DI ANTARA WAKTU YANG MUSTAJAB DAN DIMAKBULKAN

1. Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah saw bersabda;  Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”.
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Abi ‘Ashim)

2. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa.

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash ra. bahwa dia mendengar Rasulullah saw bersabda ; Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak akan ditolak.
(HR. Ibnu Majah dan Hakim)

3. Setiap Selepas Shalat Fardhu.

Dari Abu Umamah ra, sesungguhnya Rasulullah saw ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah swt, beliau menjawab. Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu. (HR. Tirmidzi)

4. Pada Saat Adzan dan Perang Berkecamuk.

Dari Sahl bin Sa’ad ra, bahwa Rasulullah saw bersabda; Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak iaitu doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk”.
(HR. Abu Daud, Al-Baihaqi dan Hakim)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra, bahwa ia mendengar Nabi saw bersabda: “Jika kalian mendengar orang yang adzan maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan dan bershalawatlah untukku karena barangsiapa yang bershalawat untukku sekali maka Allah akan bershalawat untuknya sepuluh kali, kemudian mintalah wasilah (kedudukan mulia di surga) untukku, kerana ia adalah suatu kedudukan di syurga yang tidak layak diberikan kecuali kepada seorang hamba dari hamba-hamba Allah dan aku berharap semoga akulah hamba itu, maka barangsiapa yang memohon untukku wasilah itu, maka ia berhak mendapatkan syafa’at.” (HR. Muslim)
Dari Jabir Bin Abdillah ra. bahwa Rasul saw bersabda:“Barang siapa yang mengatakan setelah mendengar seruan adzan -“Ya Allah! Tuhan pemilik adzan yang sempurna ini dan shalat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah dan fadhilah dan bangkitkanlah ia pada tempat terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya- halallah ia mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat”. (HR. Bukhari)

5.Pada Hari Jum’at.

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Abul Qasim saw bersabda, Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR. Muttafaqun Alaihi)
Waktu yang sesaat itu tidak dapat diketahui adalah sama dengannya dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut adalah secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai solat Jumaat atau hingga selesai waktu solat asar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

6. Bangun Malam, Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah.

Dari Muad bin Jabal ra, bahwa Rasulullah saw bersabda; Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya”.
(HR. Ibnu Majah)
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari. (An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksud dengan “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada malam hari.

7. Doa Diantara Adzan dan Iqamah.

Dari Anas bin Malik ra, bahwa Rasulullah saw bersabda. Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah”.
(HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

8. Doa Pada Waktu Sujud Dalam Shalat.

Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Rasulullah saw bersabda.; adapun ketika pada waktu sujud,bersungguh-sungguhlah kamu berdoa kerana waktu itu adalah sangat tepat untuk dikabulkan”.
(HR. Muslim)
Dalam riwayat lain dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: Yang paling dekat seorang hamba pada Rabbnya ketika ia sedang sujud, maka perbanyaklah kalianlah berdoa. (HR. Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
Yang dimaksud adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

9. Pada Saat Sedang Kehujanan.

Dari Sahl bin Sa’ad ra, bahwasanya Rasulullah saw bersabda;  Dua doa yang tidak pernah ditolak Allah iaitu doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan.
(HR. Al-Hakim)
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak adalah kerana pada saat itu sedang turun rahmat terutamanya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

10. Pada Saat Musibah Kematian.

Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah saw mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya kemudian bersabda,sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya’. Semua keluarganya bersedih,lalu beliau bersabda : ‘Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”….
(HR. Muslim)

11. Pada Malam Lailatul Qadar.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu akan turun para malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbitnya fajar”.
(Qs. Al-Qadr 97: 3-5)
Imam Asy-Syaukani berkata bahwa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.
(Tuhfatud Dzakirin hal. 56)