‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Wednesday, March 28, 2012

KASIH ALLAH

Solat itu adalah diamanahkan kepada kamu.
Ianya amanat Allah buat hamba-hambanya,.
Diatas kasih sayangnya dari hikmah yang Allah ciptakan buat hambanya,
Dia memberi kamu segala ciptaanNya yang tiada terduga indahnya,
Dan selamatkan kamu dalam kamu sentiasa menginginkannya,
Mengarahkan kamu demi petunjuk kehidupan kamu dalam menuju cahaya nurNya,
Dan sentiasa membantu walau sedalam mana kamu didalam kesusahan tika kamu sangat memerlukan pertolonganNya,
serta menyembuhkan kamu tika kamu merasai perihnya kesakitan itu,
Segalanya kurnianya yang diizinkan dari pohonan doa yang kamu rayukan,..
Bagaimana pula anda melafazkan kesyukuran diatas rahmat yang diturunkan DariNya?

ADAB KITA KEPADA ALLAH



1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.
2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"( Surah Ibrahim - Ayat 34 )
3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......." ( Surah An- Nahl - Ayat 53 )
4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.
5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). ( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 )
6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ". ( Surah Al - Maidah - Ayat 23 )
7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." . ( Surah Al-A'raf - Ayat 156 )
8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ". ( Surah An-Nur - Ayat 52 )
9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.

Tuesday, March 6, 2012

TUJUH JENIS MANUSIA YANG MENDAPAT NAUNGAN

Di Mahsyar dengan suhu yang sangat panas di hari hisab, tentulah para manusia menjadi bingung dan panik ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia akan berkata: "Ke mana tempat lari?". Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Qiyamah: 10-11:"Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" Tetapi dengan kehendak Allah akan terdapat beberapa orang yang mendapatkan naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah dan naungannya.

Ada tujuh orang yang akan mendapatkan naungan dari Allah dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah 


1.Penguasa/ pemimpin yang adil.

2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

4.Dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu (artinya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain).


Published with Blogger-droid v2.0.4

AQAL ITU TERDAPAT 10 BAHAGIAN?

Dari 'Aisyah r.a bahawa dia berkata, "Aqal itu ada 10 bahagian.

Lima bahagian nampak sacara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak (batiniah)."


5 yang nampak adalah seperti berikut:

1. Diam

2. Sabar

3. Tawadhu' (merendah diri)

4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar

5. Berbuat amal kebajikan


5 yang tidak nampak adalah:

1. Berfikir

2. Memberikan contoh atau pengajaran

3. Menganggap dosa sebagai masalah besar

4. Takut kepada Allah

5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya


Jika Ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan, ianya hanya ilmu yang sia-sia. ALLAHu'alam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

12 JENIS KELOMPOK UMAT ISLAM KETIKA DI HARI KEBANGKITAN

Di padang masyar nanti umat Islam akan datang secara berkelompok, berdasarkan surah An-Naba' Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)' [78]:18 dan hadits shahih, dari Nabi Muhammad bersabda, "Wahai Muadz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu yang sangat besar. Ada 12 kelompok umatku akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka semuanya itu Allah Maha Kuasa tukarkan, tidak seperti mereka hidup ketika didunia." Golongan itu adalah seperti berikut:


Pertama : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tanpa tangan dan berkaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia dulu suka mengganggu tetangganya.

Kedua : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berupa babi hutan. Mereka adalah orang yang ketika hidupnya meringankan malas dan lalai dalam salat.

Ketiga : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan keledai, mereka Sedangkan perut membesar seperti gunung dan di dalamnya penuh dengan ular dan kalajengking. Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat.

Keempat : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan darah memancut keluar dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli.

Kelima : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berbau busuk lebih daripada bangkai. Mereka ini adalah orang yang melakukan maksiat sembunyi-sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.

Keenam : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan leher mereka terputus. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu.

Ketujuh : Dibangkitkan dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah serta darah. Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.

Kelapan : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan terbalik yaitu kepala kebawah dan kaki keatas, serta farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air. Meraka adalah orang yang berbuat zina dan mati tanpa sempat bertaubat.

Kesembilan : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah hitam gelap dan bermata biru serta perutnya dipenuhi api. Mereka itu adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara zalim.

Kesepuluh : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya.

Kesebelas : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut. Perutnya pula menggelebeh hingga ke paha dan keluar berbagai kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak.

Keduabelas : Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar bercahaya laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirath seperti kilat yang menyambar. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik, selalu menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara salat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat dan mendapat ampunan, kasih sayang dan keridhaan Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

KENALI HADIS

HADIS NABI

Kata-kata,perbuatan,perakuan,sifat fizikal,akhlak atau sirah Nabi s.a.w.

Contohnya: Daripada Amirul Mukminin Omar r.a telah berkata; "Aku mendengar Rasulullah s.a.w tekah bersabda: ' setiap amalan itu adalah dengan niat'."


HADIS QUDSI

Hadis yang disampaikan oleh Nabi s.a.w kepada kita melalui sanad yang di sandarkan kepada Allah s.w.t.

Qudsi itu adalah bermaksud suci da tinggi.

Hadis ini dinamakan Qudsi kerana ia disandarkan kepada Allah yang bersifat suci dari segala yang tidak layak bagiNYA.

Nama lain bagi hadis Qudsi ialah Hadis Ilahi dan Hadis Rabbani.

Contohnya: Rasulullah s.a.w bahawa Allah s.w.t telah berfirman:....

Atau Rasulullah s.a.w meriwayatkan dari Tuhannya;....


PERBEZAAN ANTARA HADIS QUDSI DAN AL-QUR'AN


AL-QUR'AN

Lafaz dan maknanya adalah dari Allah s.w.t.

Membacanya dikira sebagai ibadah.

Diturunkan kesemuanya dengan perantaraan Jibril.


HADIS QUDSI

Hanya maknanya dari Allah sedangkan lafaznya  adalah dari Nabi

s.a.w.

Membacanya tidak dikira sebagai ibadah.Pembacaan sekadar pada ilmu pengetahuan. Oleh itu ia tidak boleh dibaca didalam solat.

Diturunkan dengan perantaraan Jibril,ilham dan mimpi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

7 CARA BERSAHABAT KERANA ALLAH

1 ~ MEMBERITAHU BAHAWA KITA SUKA N KASIH KEPADANYA

Rasulullah s.a.w bersabda: "jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya". (HR Daud)

2 ~ APABILA BERPISAH DENGAN SAHABAT MAKA HENDAKLAH KITA MENDOAKAN SAHABAT KITA TANPA PENGETAHUANNYA

Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya." (HR Muslim)

3 ~ SENTIASA BERMANIS MUKA BILA BERTEMU DENGAN SAHABAT

Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun,sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." ( HR Muslim )

4 ~ SEGERA BERSALAMAN KETIKA BERTEMU

Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap dua orang islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)

5 ~ SENTIASA MENZIARAHI SAHABAT KITA

Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali,nescaya kamu akan bertambah kasih sayang diantara kamu."

6 ~ MEMBERI HADIAH

Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang." (HR Tabrani)

7 ~ MEMBANTU SAHABAT-SAHABAT KETIKA DIDALAM KESUSAHAN

Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang jalan untuk menunaikan hajat sahabatnya adalah lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan." ( HR Hakim )

Published with Blogger-droid v2.0.4