‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Wednesday, May 1, 2013

IKHTIBAR HIKMAH TERANG DAN BERCAHAYA PADA PERMULAAN AMALNYA

Keperluan untuk kembali kepada Allah swt dengan mentaatiNya sejak awal lagi amat pentingkerana dalam keadaan biasanya ia menghasilkan natijah (kesudahan) yang baik.Sesiapa yang sentiasa memakmurkan usianya dengan berbagai-bagai jenis ketaatan,dan berterusan dengan berwirid nescaya kesudahannya dengan bercahaya dan gemilang dengan makrifah-makrifah.Sebaliknya kalau sikit ijtihad dan kesungguhannya,nescaya pada kebiasaanya sedikit pula kejayaannya.

Kesudahan yang baik pada setiap umur dan amalan hendaklah ia bermula dengan permulaan yang baik.Syeikh al-Buti berkata : Ibn al-Jalla berkata,

" Sesiapa yang lebih tinggi cita-citanya daripada segala makhluk,dia akan bertemu dengan tuan makhluk iaitu Allah swt dan sesiapa yang berhenti cita-citanya atas sesuatu tanpa kepada Tuhan,maka sebenarnya dia jauh daripada Tuhan kerana menganggap benda lain lebih besar."

Sebahagian ulama berkata :

"Segala martabat ini tidak kita dapati melainkan kita menghiasi diri dengan sifat zuhud yang sebenarnya."

Ibn 'Ajibah menegaskan bahawa :

"Melaksanakan ibadah keada Allah swt adalah kerana Allah swt dan bukan kerana yang lain.Hal demikian adalah kerana sesiapa yang hendak 'khususiat' (kelebihan),dia menjadi hamba kepada 'khususiat' (kelebihan yang khusus) dan hilanglah pahala daripada Allah swt sehingga dia bertaubat.Sebaliknya siapa yang beribadat kerana Allah swt,dia akan mendapat keuntungan 'ubudiyyah' dan Allah swt akan memberinya 'khususiat' tersebut tanpa diminta.
Syeikh Zarruq mentafsirkan hikmah ini dengan lebih jelas,katanya :

* Siapa yang bercahaya pada pemulaannya kerana kembali kepada Allah swt,pasti ia bercahaya pada akhirnya iaitu sampai kepada Allah swt.

* Siapa yang bercahaya pada permulaannya dengan 'iltizam' (berpegang kepada) tasawwuf,pasti bercahaya pada akhirnya iaitu terbuka hakikatnya.

* Siapa yang percaya pada permulaannya dengan berkorban kerana Allah swt,pasti bercahaya pada akhirnya dengan mendapat gantian daripada Allah swt.

* Siapa yang bercahaya pada permulaannya dengan mengangkat 'himmah'daripada segala makhluk,pasti bercahaya pada akhirnya dengan 'kasyaf' dan perhatian daripada Allah swt.

Hal ini adalah kerana permulaan mencerminkan kesudahan.Siapa yang permulaannya dengan Allah swt,pasti kepada Allah swt kesudahannya.

- Koleksi Syarah al-Hikam

No comments:

Post a Comment