‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Friday, February 10, 2012

TIPS MENAHAN MARAH DIDALAM ISLAM

Syaikh Wahiid Baali hafizhohulloh menyebutkan beberapa tips untuk menahan marah. Diantaranya ialah: 1. Membaca ta’awudz yaitu, “A’udzubillahi minasy syaithanir rajiim”. 2. Mengingat besarnya pahala orang yang mampu menahan luapan marahnya. 3. Mengambil sikap diam, tidak berbicara. 4. Duduk atau berbaring. 5. Memikirkan betapa hodoh penampilannya apabila sedang dalam keadaan marah. 6. Mengingat agungnya balasan bagi orang yang ingin memaafkan kesalahan orang yang bodoh. 7. Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan karana itu semua termasuk perangai orang-orang bodoh.
Syaikh As Sa’di rohimahulloh mengatakan, “Sebaik-baik orang ialah yang keinginannya tunduk mengikuti ajaran Rasul shollallohu ‘alaihi wa sallam, yang menjadikan murka dan pembelaannya dilakukan demi mempertahankan kebenaran dari kongkongan kebatilan. Sedangkan seburuk-buruk manusa adalah yang suka melampiaskan hawa nafsu dan kemarahannya. Laa haula wa laa quwwata illa billaah”.

LUASNYA NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

SOLAT AKHIR WAKTU

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free" Sekatan tol tiada Tiada "jem" Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah?. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka.. Jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga, La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin. Assalaamu'alaikum, Minta tolong Akh s2s, Ustaz Kamin atau sesiapa saja beri penerangan beserta dalil seputar mengerjakan solat Isya' - mengenai dua (?) pendapat bagi batas akhir solat Isya' serta 'anjuran melambatkan sedikit' (?) solat Isya'. Terima kasih atas responnya nanti. wassalaamualaikum tiara jawapan: THTL- Spt yg dijanjikan, inilah jawapan berdasarkan dalil Satu: Waktu solat Isyaa' Hadis # 1: Dari Aisyah ra " hendaklah kalian solat Isya' ('Atamah), waktunya bila lenyapnya syafaq (ufuq merah) iaitu hingga sepertiga awal malam (pukul 10:00 hingga 11:00 malam). (Sahih alBukhari (kitab alAzan/1/219)) Hadis #3: Dari Anas ra " Nabi saw telah melewatkan solat Isyaa' hingga ke sparuh malam, barulah baginda solat." (Muttafaq 'alayh; Nail alAwthor/2/12) Maka waktu mustahab atau waktu afdhal bg solat isya' ialah sekitar pukul 10:00 atau 11:00 malam (Syaukani, Sail alJarar: /183; Sadiq Hasan Kha, syarh adDurar: 1/70) DUA: Solat di Awal Waktunya Dalil #1: Dari Ibn Mas'ood ra " aku bertanya RasuluLlah saw, apakah amal yg lebih disukai ALlah?" Sabda baginda," asolah 'ala WAQTIHA" (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yg benar ialah solat pada waktunya) Bukhari-Muslim (alMundziri, atTarghieb/1/220) Dalil#2: Juga dari Ibn Mas'ood tapi matanya ialah "assolah fi awwali Waqtiha" (solat pada awal waktunya) (Sunan adDaruqutni: 1/246 no 4, Sahih Ibn Khuzaimah 1/169, Sahih ibn Hibban no 1475, alHakim, almustadrak 1/300 no 677) Dalil#3: Dari Ibn Umar ra " solat pada awal waktu mendapat keredhaan Allah, solat pada akhir waktu mendapat kema'afan Allah." HR atTermdizi
Komentar Imam Syafi'iy mengenai hadis ini. Ia adalah hujah. Maksud keredhaan Allah ialah kerana solat diawal waktu adalah perbuatan Ihsan (excellence), manakala kema'afan Allah kerana telah cuai dgn melengah-lengahkan solat. Bagaimana kita menjama'kan dua dalil ini: Umumnya: afdhal solat dalam waktu atau awal waktu, manakala bagi solat Isya': khusus disebut afdhalnya diakhirkan. Tarjih: Fiqh Syafi'iy: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya'.(alMuhadzb: 1/53 Fiqh Maliki: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya' (syarh alKabir, 1/179) Fiqh Hanbali: Sunat solat pada awal waktu kecuali Isya'(jika tidak mendatangkan kesulitan makmum), jika mendatangkan kesulitan makmum, maka makruh dilewatkan (alMughni;1/385) Fiqh Hanafi (tidak dikaji kerana ia amat teknikal utk difahami) Fiqh Sunnah: Sunat dilewatkan solat Isya' tapi Nabi menghentikan kerana ia membebankan orang ramai (fiqh Sunnah, edisi tahqeeq: 1/134, darul fatah, cairo) Dalilnya: #1: Hadis Aisyah ra: "sekarang waktu yg sesungguhnya, KALAU tidaklah membebankan ummatku." Muslim, kitab almasajid hadis # 219 Kata alNawawi: inilah masanya bukanlah terlalu lewat sangat #2: Hadis Jabir ra " (baginda solat isya'. kekadang di undurkan (dilewatkan) kekadang dimajukan (diawalkan).." Bukhari, Muslim, alsahih, kitab almasajid, no 233) rumusan: bagi wanita yg solat di rumah, maka afdhal adalah dilewatkan sikit, itupun kalau disenangi suami. Jika suami tidak senang, maka hendaklah diawalkan.

Thursday, February 9, 2012

KEPERIBADIAN MUSLIMAH

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu : 1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul 2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya 3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami 4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya 5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan. “ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269). Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya. Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci. “Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221). Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah. Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran. Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal atau Murtad

Bagaimana Syahadah seseorang muslim itu boleh terbatal?  Sebagai seseorang yang beragama Islam kita perlu sentiasa menjaga syahadah kita agar tidak terbatal ataupun 'murtad' walau apapun alasan yang diberikan.  Kerana dengan terbatalnya syahadah kita dan tidak sempat bertaubat dan mati maka sia-sialah amalan kebaikan yang kita lakukan.  Jadi marilah sama-sama kita menjaga syahadah kita dan berdoa agar kita dipeliharakan akidah kita.  >>Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal atau Murtad<< 1. Sujud/tunduk kepada berhala acara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.  2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Akkah yang mulia. Sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis Nabi s.a.w., Hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta laranganNya dan sebagainya.  3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiar (pilihan sendiri, bukan paksaan).  4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. Begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:  Maksudnya: “Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya” (Surah al-Baqarah 2: 217) nauzubillah min zalik...
**Berkaitan tentang meninggalkan solat Jumaat** >>Apakah hukum solat Jumaat?<< Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an. Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam.  Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur.  Akan tetapi, ia hanya diterima jika kerana sebab-sebab berikut : - jika terlalu sakit,  - jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat,  - jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir. wallahu a'lam...  

Saturday, January 7, 2012

Hidayah Allah

Tidak semua jiwa mendapat hidayah Allah,dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.


Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan.Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan akidah yang kukuh,solat,zikir,doa dan istighfar serta ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakannya.


Beramallah sesuai dengan anjuran Islam,iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir,membesarkan dan mengagungkanYang Maha Mulia,kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keradhaan Ya Rabb.

Tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapat keredhaan Allah SWT.


Dalam berzikir dan berdoa ada masa-masa tertentu diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakbulkanNYA.Alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita dengan berzikir dan berdoa kepadaNYA.Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yang tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita.Kerana insan yang beriman,dikala pagi ia bertasbih dan berdoa,dikala petang ia tetap dengan kerendahan jiwanya dengan berfikir kepadaNYA.Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yang Maha Agung.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 6, 2012

10 MANFAAT JIMAK / BERPAHALA DAN SIHAT.

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM :

" Rasululloh SAW bersabda dalam hadist Muslim :
 " Setiap ucapan tasbih ( Subhanallah ) adalah sedekah, ucapan Takbir ( Allahuakbar ) adalah sedekah, ucapan Tahmid ( Alhamdulillah ) adalah sedekah , ucapan Tahlil ( Laa illahaillallah ) adalah sedekah , melaksanakan amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah , dan hubungan badan kalian dengan istri- istri kalian adalah juga sedekah , Dari sini dapat dimengerti bahwa hubungan badan ( Jimak ) merupakan sebuah ibadah . Dan ternyata hubungan badan suami istri merupakan satu ibadah yang menyehatkan . Di tinjau secara Medis ada beberapa manfaat dari hubungan badan :

1.MELEPAS STRES,
 ... Dalam jurnal Biological Psychology pernah dilansir bahwa satu keuntungan besar dari berhubungan badan ialah menurunkan TEKANAN DARAH dan mengurangi STRES.

2. MENINGKATAKAN IMUNITAS
 Kesehatan seks yang baik juga menunjukan kesehatan fisik yang baik. Hubungan intim satu sampai dua kali sepekan bisa meningkatkan antibody yang bisa disebut immunologlobulin A atau lgA, yang bisa melindungi seseorang dari flu dan infeksi lainya

3. MEMBAKAR KALORI
 Berhubungan selama 30 menit bisa membakar 85 kalori atau lebih. Memang tidak terlalu banyak kalori yang terbakar, tapi ini merupakan cara bagus dan menyenangkan.. Ini karena kegiatan yang dilakukan tidak hanya secara fisik saja, tapi juga melibatkan psikologis.-

4. MENINGKATKAN KESEHATAN JANTUNG
 jika mitos lama mengatakan bahwa upaya berlebihan ketika berjimak bisa menyebabkan stroke, maka tidak demikian hasil yang ditemukan para peneliti inggris. Jimak dua kali atau lebih dalam sepekan ternyata bisa mengurangi resiko fatal serangan jantun

5. MENINGKATKAN KEPERCAYAAN DIRI
 Penelitian yang dilakukan terhadap 1.000 responden mengenai tingkah laku seksual menunjukan 237 dari mereka menyatakan bahwa jimak dapat meningkatkan rasa percaya diri

6. MENINGKATKAN KEINTIMAN
 Jimak yang diikuti orgasme bersama bisa meningkatkan hormon oxytocin, atau biasa disebut dengan hormon cinta. Hormon ini bisa membantu meningkatkan keterikatan dan rasa percaya pada pasangan, medorong pasangan saling asih, serta mempererat ikatan batin

7. MENGURANGI RASA SAKIT
 Seiring perkembangan hormone oxytocin, hormon endorphins juga meningkat at yang berakibat mengurangi rasa sakit

8. MEMBANTU TIDUR LEBIH BAIK
 Hormon oxytocin yang dilepaskan selama orgasme juga bisa membantu seseorang untuk lebih mudah terlelap. . Tidur yang cukup da nyaman tentu akan membantu seseorang untuk lebih segar dan menjaga tekanan darah

9. MENGURANGI RESIKO KANKER PROSTAT
 Frekuensi ejakulasi, khususnya bagi laki-laki yang berusia 20 th ke atas, bisa mengurangi resiko kanker prostat. Penjelasan soal ini dirilis dalam British Journal of Urology
 Laki-laki yang mengalami ejakulasi lima kali atau lebih dalam seminggu pada usia 20 tahun ke atas, bisa mengurangi resiko terjena kanker prostat saat berusia 30 tahun ke atas

10. MENGUATKAN OTOT PINGGUL
 Bagi perempuan, melakukan jimak dengan guyangan pada pinggul memberikan sejumlah manfaat. Selain merasakan ketikmatan lebih, ini bisa membantu seseorang perempuan yang berniat menguatkan otot pinggul dan sekitarnya.-. BERPALALA DAN SEHAT