‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Friday, February 22, 2013

15 PERKARA MENARIK TENTANG KAABAH

Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui banyak tentang struktur Ka’bah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi²an yang membina yang tidak bisa didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi bisa dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mau terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Ka’bah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak bisa meneropong apa yang ada di dalam Ka’bah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa² yang ada di dalam Ka’bah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Ka’bah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib karena di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Ka’bah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Ka’bah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

Monday, February 18, 2013

MAKRIFAT HATI TERHADAP ALLAH S.W.T

TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU

Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri.
Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya.
Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang Mukmin yang cermat dan berwaspada.Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada martabat Mukmin ialah: 

1:  Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t. 
2:  Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang        ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya. 
3:  Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan. 
4:  Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t. 
5:  Kehalusan kerohaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah
s.w.t dan merendah diri kepada-Nya. 

Orang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t, kuat melakukan ibadat, akan meningkatlah kekuatan rohaninya. Dia akan kuat melakukan tajrid iaitu menyerahkan urusan kehidupannya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan reda terhadap apa jua yang ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah sama iaitu takdir yang Allah s.w.t tentukan untuknya. Apa yang Allah s.w.t takdirkan itulah yang paling baik.
Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah s.w.t. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati.. Dia berasa benar-benar akan keesaan Allah s.w.t bukan sekadar mempercayainya. Pengalaman tentang hakikat dikatakan memandang dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu.

Mata hati hanya melihat kepada Wujud Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya.Orang yang di dalam suasana seperti ini telah berpisah dari sifat-sifat kemanusiaan.Dalam berkeadaan demikian dia  tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat.Dia hanya mementingkan soal perhubungannya dengan Allah s.w.t. Soal duniawi seperti makan, minum, pakaian dan pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya. Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila.Orang yang mencapai peringkat ini dikatakan mencapai makam tauhid sifat.Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t.Rohani manusia melalui beberapa peningkatan dalam proses mengenal Tuhan.Pada tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu memancar menerangi akalnya. Seorang Mukmin yang  akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa hampirnya Allah s.w.t. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul yaqin. Ilmu berhenti di situ.

Pada tahap keduanya mata hati yang terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan mata hati. Keupayaan mata hati memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam makam makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahap ainul yaqin makrifatnya ghaib dan dia juga ghaib dari dirinya sendiri. Maksud ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara.. Beginilah hukum makrifat yang berlaku. Makrifat lebih tinggi nilainya dari ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah pencapaian terhadap persoalan yang terpecah-pecah bidangnya. Makrifat pula adalah hasil pencapaian terhadap hakikat-hakikat yang menyeluruh iaitu hakikat kepada hakikat-hakikat. Tetapi, penyaksian mata hati jauh lebih tinggi dari ilmu dan makrifat kerana penyaksian itu adalah hasil dari kemahuan keras dan perjuangan yang gigih disertai dengan upaya hati dan pengalaman. Penyaksian adalah setinggi-tinggi keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi ialah penyaksian hakiki oleh mata hati. Ia merupakan keyakinan yang paling tinggi dan dinamakan haqqul yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati, mata hati tidak lagi melihat kepada ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya, tetapi Allah s.w.t dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam tutur-kata.

Penyaksian hakiki mata hati melihat-Nya tanpa dinding penutup antara kita dengan-Nya. Tiada lagi antara atau ruang antara kita dengan Dia. Dia berfirman:Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu  di mana sahaja kamu berada. ( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)Dia tidak terpisah dari kamu. Penyaksian yang hakiki ialah melihat Allah s.w.t dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangannya terhadap makhluk tidak menutup pandangannya terhadap Allah s.w.t. Inilah makam keteguhan yang dipenuhi  oleh ketenangan serta kedamaian yang sejati dan tidak berubah-ubah, bernaung di bawah payung Yang Maha Agung dan Ketetapan Yang Teguh. Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada makrifat, tiada pendengaran, tiada kesedaran, tiada hijab dan semuanya sudah tiada. Tabir hijab telah tersingkap, maka Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah s.w.t dipandang dengan mata keyakinan bukan dengan mata zahir atau mata ilmu atau kasyaf. Yakin, semata-mata yakin bahawa Dia yang dipandang sekalipun tidak ada sesuatu pengetahuan untuk diceritakan dan tidak ada sesuatu pengenalan untuk dipamerkan. Orang yang memperolehi haqqul yaqin berada dalam suasana hatinya kekal bersama-sama Allah s.w.t pada setiap ketika, setiap ruang dan setiap keadaan. Dia kembali kepada kehidupan seperti manusia biasa dengan suasana hati yang demikian, di mana mata hatinya sentiasa menyaksikan Yang Hakiki. Allah s.w.t dilihat dalam dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang. Dia melihat Allah s.w.t pada orang yang membunuh dan orang yang kena bunuh. Dia melihat Allah s.w.t yang menghidupkan dan mematikan, menaikkan dan menjatuhkan, menggerakkan dan mendiamkan. Tiada lagi perkaitannya dengan kewujudan atau ketidakwujudan dirinya. Wujud Allah Esa, Allah s.w.t meliputi segala sesuatu. 

Sunday, February 17, 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  

Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal." 
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." 
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]  

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya." 
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Saturday, February 16, 2013

ADAB BERKAWAN

1) Tidak berlebih-lebihan menyayangi
2) Menyayangi semata-mata kerana Allah
3) Mendoakan kawan tanpa pengetahuannya.
4) Bersahabat dengan orang yang menjaga agamanya.
5) Hindarkan dari dari berkawan dengan mereka yang tidak mengambil berat tentang Islam, melanggar pantang larang Islam kecuali untuk tujuan berdakwah kepadanya

Rasulullah saw bersabda, kasihilah seseorang secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi kawanmu (Riwayat Tirmidzi).

Daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah akan berada di atas kursi yang diperbuat dari yaqut (delima) di keliling arasy Rasululah saw juga bersabda yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Thursday, February 14, 2013

LICIKNYA RIYA'

Pada suatu hari di waktu sahur, seorang  ‘abid  membaca qur’an, surat Thaha. Ia membaca al-qur’an itu di dalam biliknya yang bersebelahan dengan jalan. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur.dalam tidurnya, dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa al-qu’an.

Lelaki itu mendatangi ‘abid tersebut dan segera membuka al-qur’an di depannya. Lelaki tersebut memperlihatkan halaman demi halaman dalam surat tersebut, si ‘abid melihat adanya sepuluh kebajikan sebagai tanda diberikan pahala untuknya. Namun ternyata ada satu kalimat dalam surat tersebut  yang cacatan pahalanya dipadamkan.

Lalu si ‘abid bertanya, “Demi Allah, sesungguhnya aku telah baca seluruh surat ini, tanpa meninggalkan satu surat pun. Tetapi, mengapa cacatan pahala untuk kalimat ini dipadamkan?”

“Memang benar kata-katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan satu kalimat pun dalam bacaan ini. Dan, di setiap kalimat itu telah kami catatkan pahalanya. Tetapi, ketika kami sedang mencatatkan pahalamu, tiba-tiba kami mendengar suara menyeru dari arah ‘Arasy, ‘ Padamkankan cacatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu.’ Oleh kerana itu, kami segera memadamkannya.”

Si ‘abid menangis mendengarnya dan bertanya, “Kenapa hal ini terjadi?”

“Penyebabnya adalah engkau sendiri. Ketika engkau sedang membaca surat tersebut, seorang hamba Allah melewati  jalan di hadapan rumahmu. Engkau sedar akan hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu agar didengar oleh orang itu. Kalimat yang tiada cacatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi.

Si ‘abid kemudian terjaga dari tidurnya, “Astaghfirullahala’zim …sungguh licin virus riya’ menyusup masuk ke dalam hatiku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata saja ibadahku dimusnahkannya.”

Memang benarlah kata para ulama’ yang menyebut bahawa penyakit riya’ atau ujub ternyata boleh membinasakan amal ibadah seseorang selama tujuh puluh tahun.

IKHLAS KERANA ALLAH

Sesungguhnya amalan yang hanya diterima oleh Allah ialah amalan yang ikhlas. Amalan yang dilakukan untuk menunjuk-nunjuk, ingin pujian akan menyebabkan amal soleh itu tiada ganjaran di sisi Allah. Hadis kali ini menerangkan dialog antara Allah dengan orang yang zahirnya hebat dan disanjung tinggi tetapi menerima balasan neraka.

Abu Hurairah r.a berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya orang yang pertama kali diberi keputusan pada hari kiamat adalah seseorang yang mati syahid. Lalu ia didatangkan di hadapan Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman, ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’

Ia berkata, ‘Aku berperang keranaMu hingga aku mati syahid.’

Allah berfirman, ‘Engkau telah berdusta. Sesungguhnya engkau berperang agar dipuji segabai seorang yang berani dan hal itu telah dikatakan.’

Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa lalu diseret mukanya hingga ia dilemparkan ke neraka.

Kemudian seseorang yang belajar suatu ilmu kemudian mengajarkannya, dan membaca Al-Qur’an lalu didatangkan di hadapan Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman,

‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’

Ia menjawab, ‘Aku mempelajari suatu ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Qur’an keranaMu.’

Allah berfirman: ‘Engkau berdusta. Sebenarnya, engkau mempelajari suatu ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Qur’an agar dikatakan bahawa engkau adalah seorang qari. Dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa lalu diseret mukanya hingga ia dilemparkan ke api neraka.

Lalu ada seorang yang telah Allah berikan kepadanya kelapangan dan berbagai macam harta. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman, ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’
Ia menjawab, ‘Tidak ada suatu jalan yang Engkau senang untuk diberi infak kecuali aku telah menderma demi Engkau.’

Allah berfirman, ‘Engkau telah berdusta. Tapi engkau melakukannya agar dikatakan sebagai orang yang dermawan dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa, lalu diseret mukanya, kemudian dilemparkan ke dalam neraka.” (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Wednesday, February 13, 2013

BIDADARA SYURGA

Tersebut di dalam Hadis bahawa kalau seseorang suami yang dicintai meninggal dunia, kelak akan berjumpa lagi di akhirat. Kerana itu ramai wanita yang tidak mahu berkahwin lagi kerana besar harapannya bahawa ia akan bertemu kembali dengan suaminya itu di syurga Allah. InshaAllah.

Demikian halus dan tingginya Al-Quran di dalam menjaga perasaan dan keluhuran budi wanita, sehingga seketika menyebutkan adanya bidadari laki-laki (bidadara)..::..rujuk di dalam surah Al-Insan ayat 19,20 dan 21..::..

Dikatakan bahawa mereka itu adalah pelayan-pelayan laki-laki yang tetap muda remaja bertugas membahagi-bahagikan minuman kepada penduduk syurga, tidak disebutkan bahawa dia adalah akan menjadi suami dari perempuan yang menjadi isi syurga itu. Hanya fikiran kitalah yang dapat mengetahui sendiri apa isyarat yang terkandung dalam ayat ini.Mari kita merenung dengan saksama, demi menjaga perasaan halus wanita, sekali-kali tidak ada terdapat dalam Al-Quran perkataan misalnya jima' atau wathie', kebanyakan hanyalah dengan menggunakan bahasa kiasan seperti tubasyiruhunna (bercengkerama), taqrabuhunna (mendekatinya) dan lain-lain.
Pada hakikatnya, keistimewaan wanita itu sebenarnya ada, cuma tidak terlihat. Digambarkan keistimewaan wanita dalam syurga dengan bahasa-bahasa kiasan yang tidak sampai menyentuh perasaan halus wanita.MasyaAllah, betapa uniknya kalam Allah. Allah s.w.t menyusun bicaranya dengan susunan yang begitu indah kerana Dialah yang paling memahami jiwa-jiwa halus seorang wanita.
Hakikatnya, di syurga Allah tidak hanya menjanjikan bidadari sebagai pendamping sang mujahid Islam, juga dijanjikan bidadara bagi mendampingi sang mujahidah Islam.Tetapi semuanya dibicarakan dengan isyarat yang halus dan mempetinggi mutu perasaan. Itulah bukti betapa agungnya mukjizat Al-Quran.

Dalam tulisan dari koleksi lain yang didapati,

Perlu diketahui bahwa keadaan wanita di dunia, tidak lepas dari enam keadaan:
1. Dia meninggal sebelum menikah.
2. Dia meninggal setelah ditalak suaminya dan dia belum sempat menikah lagi sampai meninggal.
3. Dia sudah menikah, hanya saja suaminya tidak masuk bersamanya ke dalam surga, wal’iyadzu billah.
4. Dia meninggal setelah menikah baik suaminya menikah lagi sepeninggalnya maupun tidak (yakni jika dia meninggal terlebih dahulu sebelum suaminya).
5. Suaminya meninggal terlebih dahulu, kemudian dia tidak menikah lagi sampai meninggal.
6. Suaminya meninggal terlebih dahulu, lalu dia menikah lagi setelahnya.

Berikut penjelasan keadaan mereka masing-masing di dalam surga:
Perlu diketahui bahwa keadaan laki-laki di dunia, juga sama dengan keadaan wanita di dunia:

Di antara mereka ada yang meninggal sebelum menikah, di antara mereka ada yang mentalak isterinya kemudian meninggal dan belum sempat menikah lagi, dan di antara mereka ada yang isterinya tidak mengikutinya masuk ke dalam surga. Maka, wanita pada keadaan pertama, kedua, dan ketiga, Allah -’Azza wa Jalla- akan menikahkannya dengan laki-laki dari anak Adam yang juga masuk ke dalam surga tanpa mempunyai istri karena tiga keadaan tadi. Yakni laki-laki yang meninggal sebelum menikah, laki-laki yang berpisah dengan isterinya lalu meninggal sebelum menikah lagi, dan laki-laki yang masuk surga tapi isterinya tidak masuk syurga.
Ini berdasarkan keumuman sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits riwayat Muslim no. 2834 dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu-:مَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبٌ
“Tidak ada seorangpun bujangan dalam surga”.Syaikh Ibnu ‘Utsaimin -rahimahullah- berkata dalam Al-Fatawa jilid 2 no. 177, “Jawabannya terambil dari keumuman firman Allah Ta’ala-:وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلاً مِنْ غَفُوْرٍ رَحِيْمٍ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ
“Di dalamnya kalian memperoleh apa yang kalian inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kalian minta. Turun dari Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Fushshilat: 31)
Dan juga dari firman Allah -Ta’ala-:الْأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ  وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ“ Dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kalian kekal di dalamnya.” (Az-Zukhruf: 71)Seorang wanita, jika dia termasuk ke dalam penghuni surga akan tetapi dia belum menikah (di dunia) atau suaminya tidak termasuk ke dalam penghuhi surga, ketika dia masuk ke dalam surga maka di sana ada laki-laki penghuni surga yang belum menikah (di dunia). Mereka -maksud saya adalah laki-laki yang belum menikah (di dunia)-, mereka mempunyai isteri-isteri dari kalangan bidadari dan mereka juga mempunyai isteri-isteri dari kalangan wanita dunia jika mereka mau. Demikian pula yang kita katakan perihal wanita jika mereka (masuk ke surga) dalam keadaan tidak bersuami atau dia sudah bersuami di dunia akan tetapi suaminya tidak masuk ke dalam syurga. Dia (wanita tersebut), jika dia ingin menikah, maka pasti dia akan mendapatkan apa yang dia inginkan, berdasarkan keumuman ayat-ayat di atas”.Dan beliau juga berkata pada no. 178, “Jika dia (wanita tersebut) belum menikah ketika di dunia, maka Allah -Ta’ala- akan menikahkannya dengan (laki-laki) yang dia senangi di surga.

Maka, kenikmatan di surga, tidaklah terbatas kepada kaum lelaki, tapi bersifat umum untuk kaum lelaki dan wanita. Dan di antara kenikmatan-kenikmatan tersebut adalah pernikahan”.Adapun wanita pada keadaan keempat dan kelima, maka dia akan menjadi  istri dari suaminya di dunia. Adapun wanita yang menikah lagi setelah suaminya pertamanya meninggal, maka ada perbedaan pendapat di kalangan ulama. Sebagian ulama seperti Syaikh Ibnu ‘Ustaimin berpendapat bahwa wanita tersebut akan dibiarkan memilih suami mana yang dia inginkan.Ini merupakan pendapat yang cukup kuat, seandainya tidak ada nash tegas dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyatakan bahwa seorang wanita itu milik suaminya yang paling terakhir.
Beliau -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:أَزْوَاجِهَا اَلْمَرْأَةُ لِآخِرِ“
Wanita itu milik suaminya yang paling terakhir”. (HR. Abu Asy-Syaikh dalam At-Tarikh hal. 270 dari sahabat Abu Darda` dan dishohihkan oleh Syaikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah: 3/275/1281)Dan juga berdasarkan ucapan Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu kepada istri beliau:“Jika kamu mau menjadi istriku di surga, maka janganlah kamu menikah lagi sepeninggalku, karena wanita di surga milik suaminya yang paling terakhir di dunia. Karenanya, Allah mengharamkan para isteri Nabi untuk menikah lagi sepeninggal beliau karena mereka adalah isteri-isteri beliau di surga”. (HR. Al-Baihaqi: 7/69/13199 )Faidah:
Dalam sholat jenazah, kita mendo’akan kepada mayit wanita:وَأَبْدِلْهَا زَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا“ Dan gantilah untuknya suami yang lebih baik dari suaminya (di dunia)”.Masalahnya, bagaimana jika wanita tersebut meninggal dalam keadaan belum menikah. Atau kalau dia telah menikah, maka bagaimana mungkin kita mendo’akannya untuk digantikan suami sementara suaminya di dunia, itu juga yang akan menjadi suaminya di surga?Jawabannya adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh Ibnu ‘Utsaimin -rahimahullah-.

Beliau menyatakan, “Kalau wanita itu belum menikah, maka yang diinginkan adalah (suami) yang lebih baik daripada suami yang ditakdirkan untuknya seandainya dia hidup (dan menikah). Adapun kalau wanita tersebut sudah menikah, maka yang diinginkan dengan “suami yang lebih baik dari suaminya” adalah lebih baik dalam hal sifat-sifatnya di dunia (2).Hal ini karena penggantian sesuatu kadang berupa pergantian dzat, sebagaimana misalnya saya menukar kambing dengan keledai. Dan terkadang berupa pergantian sifat-sifat, sebagaimana kalau misalnya saya mengatakan, “Semoga Allah mengganti kekafiran orang ini dengan keimanan”, dan sebagaimana dalam firman Allah -Ta’ala-:الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَوَاتُ يَوْمَ تُبَدَّلُ“
(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit.” (Ibrahim: 48)Bumi (yang kedua) itu juga bumi (yang pertama) akan tetapi yang sudah diratakan, demikian pula langit (yang kedua) itu juga langit (yang pertama) akan tetapi langit yang sudah pecah”.

Jawaban beliau dinukil dari risalah Ahwalun Nisa` fil Jannah karya Sulaiman bin Sholih Al-Khurosy.

Oleh : Ustadz Abu Mu’awiyah

(1) Karenanya sebelum berpikir masalah ini, pikirkan dulu bagaimana caranya masuk surga.
(2) Maksudnya, suaminya sama tapi sifatnya menjadi lebih baik dibandingkan ketika di dunia.

BIDADARI SYURGA

Bidadari syurga, makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”

Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

Monday, February 11, 2013

HIKMAH AYATUL KURSIY

Ayat Al Kursi diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

AMANAH LELAKI SEBAGAI PEMIMPIN

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah: 75,91,93,120,145,170; An-Nisa: 160; Al-Maidah: 41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran: 110; An-Nisa: 55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah: 82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am: 20)

5. Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah: 75,91,101,140,145,211; Ali Imran: 71,78; An-Nisa: 46; Al-Maidah: 41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah: 76,101,120,146; Ali Imran: 71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah: 87,101,120,146; Al-Maidah: 41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah: 91,99; Ali Imran: 70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah: 171)

10. Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran: 71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah: 76; Ali Imran: 72,119)

12. Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada semangat kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah: 94,111,113,120,135,145; Al-Maidah: 18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa: 53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah: 90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah: 100,246,249 Ali Imran: 183,184; An-Nisa: 46)

18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah: 204,246; Ali Imran: 72; An-Nisa: 46)

19. Mengada adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran: 24,94,183,184; Al-Maidah: 41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran: 75,76; At-Taubah: 34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran: 64)

Friday, February 1, 2013

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Nabi s.a.w bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid – Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a).

Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari RA bahawasanya Abu Hurairah r.a telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang mandi pada Jumaat seperti mandi janabat (mandi dengan membersihkan seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi untuk (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka ganjarannya sama seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua,ganjarannya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga,ganjarannya pula seperti orang yang berkorban seekor biri-­biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah. (Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid)

Malaikat Turut Solah dan Hadiah Pahala Solah Jumaat

Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Allah mencipta sebuah menara diperbuat daripada perak putih, di sebelah Albaitul-Ma’mur. Tinggi menara itu sejauh perjalanan lima ratus tahun. Pada tiap-tiap Jumaat naiklah Jibril ke atas menara itu dan berkumandanglah azan, lalu Israfil naik ke mimbar dan berkhutbah dan Mikail mengimami malaikat.

Selepas mereka selesai mengerjakan solat, berkatalah Jibril: “Pahala yang aku peroleh daripada azanku diberikan kepada muazin di muka bumi.”

Israfil berkata: “Pahala yang aku peroleh daripada khutbahku, kuberikan kepada khatib di muka bumi.”

Dan malaikat berkata: “Pahala yang ku peroleh sebab sudah melakukan solat Jumaat di belakang imam, kami berikan kepada seluruh umat Muhammad yang mengerjakan solat Jumaat di belakang imam.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai malaikat-Ku, kalian sudah memperlihatkan kemurahan hati demikian rupa, maka demi keagungan-Ku dan kebesaran-Ku, Aku nyatakan hari ini Ku ampuni dosa semua hamba-Ku yang mengerjakan solat Jumaat dalam memenuhi perintah-Ku dan tuntutan kekasih-Ku, Muhammad.” Ada keterangan menyatakan ada malaikat bertugas sebagai penjaga masjid pada Jumaat, adalah sebagai berikut:

Rasulullah S.A.W bersabda: “Tatkala Jumaat datang, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa kalam daripada emas dan kertas daripada perak. “Catat nama mereka yang berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat siapa yang masuk ke masjid.” Ketika mereka selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah berfirman: “Hai malaikat-Ku, demi kemuliaan-Ku dan demi kebesaran-Ku, sudah Aku ampuni segala dosa mereka.” (Raunaqul-Majalis)

19 HADIS RASULULLAH TENTANG WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke
rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama
aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

wallahua'lam...

WAJAH MALAIKAT MAUT KETIKA SAKARATUL MAUT

Diriwayatkan di dalam hadits, ketika seorang akan mati maka akan datanglah malaikatul-maut kepadanya dengan bermacam-macam rupa. Ada yang datang dengan rupa yang menyenangkan dan ada pula dengan rupa yang menakutkan.Jika ia datang kepada orang mukmin dan soleh yang sedang nazak, maka ia akan datang dalam keadaan rupa manusia yang amat bagus dan menyenangkan dengan memakai pakaian yang segak serta harum baunya. Dimulakan pula dengan ucapan "salam" serta dengan budi bahasa yang sopan kemudian barulah dicabut nyawa orang itu, tidaklah pula dengan kekerasan. Kalau sekiranya bukan kepada orang yang soleh, maka datanglah malaikat maut itu dengan rupa yang ngeri dan menakutkan. Dengan keadaan rupa yang amat seram dan mengerikan, lalu malaikat itu datang kepada si nazak dan terus merentap nyawanya secara paksa, ganas dan laju sehingga si mati berasa terlalu sakit dan merana!Hal ini dapat disaksikan sendiri oleh kita iaitu apabila kita melihat seseorang yang sedang nazak atau sakaratul-maut.
Ada orang yang ketika dalam sakaratulmaut, air mukanya nampak seperti sangat gelisah, ngeri dan kecut perut apabila kita melihat wajahnya. Ada juga yang kelakuannya seperti ayam yang sedang disembelih, waktu menghembuskan nafas yang terakhir, mulutnya ternganga luas dan biji matanya terbeliak, amat menakutkan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini menandakan bahawa orang itu mati di dalam keadaan yang amat menyakitkan. Dan inilah tandanya orang itu banyak membuat dosa ketika hidupnya.Lain pula halnya dengan orang mukmin yang sedang nazak, walaupun sakitnya terlalu berat tetapi dirinya kelihatan sentiasa tenang dan tenteram. Terbayang ketenangan hati pada wajahnya. Tidak nampak diwajahnya keadaan takut atau ngeri. Kelihatan air mukanya sentiasa manis dan berseri-seri, senyumannya terlukis di bibirnya, walaupun matanya sudah cengkung serta muka yang pucat akibat sakitnya yang terlalu parah. 

Tatkala si nazak itu menarik nafas penghabisan ia kelihatan sangat tenang dan tenteram, tidak gelisah sama sekali. Inilah tanda bahawa orang itu ketika sekarat, dia merasa bahagia serta senang hatinya meninggalkan dunia ini. Tidak perlulah kita meratap pemergiannya secara berlebih-lebihan.Kata Imam Ghazali di dalam kitabnya "Ihya' Ulumuddin", riwayat dari Ibnu Abbas: Katanya, Nabi Ibrahim a.s. adalah orang yang sangat teliti. Beliau mempunyai ruangan khusus untuk dijadikan tempat beribadat terhadap Allah swt, dan apabila beliau ingin keluar dari rumah, selalunya pintu akan dikunci dan anak kuncinya dipegang sendiri oleh beliau.Pada suatu hari, beliau membuka pintu kamarnya, beliau amat terperanjat sekali kerana di dalam kamarnya ada seorang lelaki yang kelihatannya mencurigakan.Tanya Nabi Ibrahim : "Siapakah yang mengizinkan engkau masuk ke kamar aku ini?""Yang menyuruhnya adalah pemilik rumah ini", Jawab orang itu.Kata Nabi Ibrahim : "Akulah pemilik rumah ini"Kata orang itu : "Yang memiliki alam semesta"Mendengar jawapan sedemikian, Nabi Ibrahim menjadi agak terkejut, dan sambung bertanya lagi:"Kalau begitu, siapakah engkau?""Aku adalah malaikatul-Maut"Nabi Ibrahim bertambah terkejut lagi, tapi beliau tidak menunjukan kekejutannya itu, dan lalu bertanya lagi : "Dapatkah engkau tunjukkan rupamu bagaimana ketika engkau akan mencabut nyawa orang mukmin?""Tentu saja boleh", kata malaikatul-maut.. "Cubalah alih pandanganmu kesana........."Nabi Ibrahim melihat kearah lain. Kemudian ketika itu, dilihatnya malaikat itu telah berganti rupa. Seorang pemuda lelaki yang tampan bagus wajahnya, serta berpakaian segak pula dan harum.Kata Nabi Ibrahim: "Kalau begini keadaanmu, datang kepada orang mukmin, ia sungguh menyenangkan".

HIKMAH SEORANG LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati[truncated by WhatsApp]

HIKMAHNYA SETIAP REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN BUAT KITA TERMASUK MAKANAN YG SEBESAR ZARAH KHASIATNYA,MANFAATNYA TETAP SEHEBAT NIKMAT..~ Jom Share ~~{~♡

Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”. 

Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya. Ianya boleh melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. 

Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati. 

Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. 

Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. Dari segi perubatan moden pula pisang di katakan kurang elok untuk dimakan oleh orang yg mempunyai kolesterol tinggi. 

Barli (sya’ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam. 

Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air. 

Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil. 

Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan. Jangan amalkan memakan sayur ini dengan kerap. 

Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan. Lobak merah/karet. Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. Baik untuk kesihatan mata. 

Biji kopi (qahwah). Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan. 

Biji hitam (habb al sauda). Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda“Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema. 

Ayam (dajaj). Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur. 

Kulit kayu manis (darchini). Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. 

Limau kulit tebal. warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu. 

Timun (qitta’). Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. 

Jintan putih (kammun). Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas. 

Tamar kering (tamr). Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini. Dan banyak lagi khasiat2 yang terdapat dalam buah kurma ini.  

Terung (badhijan). Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. 

Telur (baydah). Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau suku masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit. 

“Endive” (hindiba) Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”. 

Fenugreek (Hulbah). Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas). 

Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai. 

Ikan (samak). Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan. 

Bawang putih (thum). Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham/kahak. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.” 

Minyak sapi (samn). Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan. 

Halia (zanjabil). Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. 

Inai (hinna). Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi kebiasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru. 

Madu lebah(a’sal). Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter). Antara khasiat yang terdapat dalam madu lebah;

A) Mengambalikan Kekuatan Tubuh 

1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. 
2. Memulihkan sel-sel urat besar. 
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan. 
4. Merangsang tenaga batin.

B) Membersih Dan Menambah Darah. 

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. 
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

C) Untuk Bayi/Kanak-kanak 

1. Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. 
2. Menyembuh dengan segera cirit-birit. 
3. Mengelak daripada cacing perosak dalam perut. 
4. Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

Kekacang (a’das). Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan. 

Salad (khass) Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan. 

Daging (lahm). Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk. Daging kuda. Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong. 

Credit to Hamba Allah ♡