‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Monday, December 3, 2012

PERKARA YANG TERBAIK YANG KAMU TUNTUT DARIPADA ALLAH

Syeikh Ibnu 'Atha'llah as Sakandari rhm berkata didalam kitabnya:
"Perkara terbaik yang kamu tuntut daripada Allah SWT ialah apa yang dia tuntut daripada kamu."

Mafhum hikmahnya,
Tuntutan Allah SWT,iaitu apa jua yg Dia perintah atau larang,adalah lebih baik bagimu daripada tuntutanmu kepadanya.. - Al Hikam jilid 2

Maksud kefahaman saya dari ayat Mafhumah ini,
Apa yang diberikan  daripada Allah adalah lebih baik daripada apa yang kita minta daripadaNya.Sesungguhnya jelas Allah sudahpun kurniakan segalanya dengan penuh kebaikan yang terkandung didalamnya hikmah dan nikmat,namun manusia sentiasa alpa dan lupa diatas ciptaan pemberiannya.Maka diatas kesedaran dari situ,doa2 dipanjatkan agar sentiasalah manusia ini akan terus mengingati diri agar meminta lebih jelas segala nikmat2 yang tiada diri sedari mahupun hikmat yang lebih nikmat.
Bagai diantaranya ia adalah nikmat diantara segala nikmat...

Perkara yang terbaik yang kita tuntut daripada Allah adalah apa yang dituntut dari kita,maksudnya:

Perkara2 yang kita tuntut diantara kenikmatan2 atau segala yang berhajat di hati mahupun fikiran adalah sebenarnya ada pada diri sendiri sepertimana yang Allah tuntut daripada kita dalam segala perkara yang menjadi tuntutan yang dimaktubkan oleh Allah,perbuatan 6ang membawa kepada kebaikan,fitrah dan yang seangkatan dengan jalan maksud fikrah didalamnya...

IKTIBAR HIKMAH
Istiqamah diatas jalan 'ubudiyyah merupakan sebaik2 perkara yang sangat dituntut oleh Allah SWT daripada hambanya...