‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Tuesday, November 20, 2012

TAKRIF TASAWUF DALAM KONTEKS BAHASA

Ibn Khaldun berkata: " Pada abd ke-2 Hijrah,apabila manusia mula terpengaruh dengan keseronokkan dunia,maka orang yang sentiasa beribadat menamakan diri meraka sebagai ahli tasawuf."

 
Ulama berselisih pendapat mengenai takrif TASAWUF ni sehingga melebihi 2,000 takriDijelaskan beberapa takrif yang masyur diantaranya;

1. Pakaian yang diambil dari bulu binatang 'suf' yang menjadi pakaian kebanyakan ahki tasawuf.Ini adalah pendapat yang masyur dikalangan para ulama.

2. Sempena nama seorang 'abid iaitu Suffah bin Murrah,seorang penjaga Kaabah semasa dizaman jahiliah yang terkenal dengan kuat ibadat.

3. Berasal dari kalimah 'assoff' yang bermaksud saf sembahyang kerana ahli tasawuf berada di saf hadapan ketika solat...

4. Berasal daripada kalimah 'alsofaak' yang melambangkan kesucian hati dan bersih daripada sifat2 mazmumah.Ini adalah pendapat Syeikh Sya'rawi dengan melihat kepada asal terbitan sufi ini.Syeikh abd al Qadir Jailani dalam kitabnya al Ghunyah menyatakan bahawa perkataan sufi itu daripada kalimah bersih dan sufi.

5. Berasal daripada kalimah 'assuffah' iaitu suatu tempat di sebelah utara Masjid Nabi SAW,yang menjadi tempat bermalam bagi orang asing seperti Muhajirin dan dikalangan para sahabat yang zuhud lagi fakir.Menurut riwayat al Bukhari daripada abu Hurairah katanya;
"Aku pernah melihat 70 orang dari kalangan abu suffah yang tinggal di tempat tersebut.

6.Berasal daripada kalimah 'sufiyaa' atau 'suf' iaitu bahasa yunani yang bermaksud hikmah,sebagaimana yang dinyatakan oleh al Bairuni.Jesteru kalimah filasuf adalah daripada fila sufia yang bermaksud cintakan hikmah.

 Abu al-Fath al-Basti berkata:

Terdapat juga pendapat yang berbeza daripada pendapat diatas,tetapi berdasar kajian yang dilakukan semua pendapat diatas adalah jauh daripada kebenaran,kecuali yang diambil dari perkataan ‘sufi’ dengan ‘suf’ iaitu bulu.Seseorang itu begelar sufi apabila ia memakai baju berbulu.Pada zaman itu, orang yang memakai baju berbulu adalah lambang bagi orang yang kuat beribadah dan zuhud.

 Pada peringkat awal kebanyakan ahli tasawuf bersetuju dengan pendapat ini.Antara mereka ialah al-Sirat al-Tusi dalam kitabnya al-Luma’.Pendapat beliau ini disokong oleh Ibn Khaldun.

 

TARJIH

 Setelah Meneliti pendapat ulama dan hujah mereka,kami mendapati bahawa maksud perkataan tasawuf daripada kain bulu lebih kuat berdasarkan kepada kaedah bahasa Arab.namun begitu,daripada sudut hakikat dan matlamatkalimah tasawuf itu sendiri,ia lebih cenderung kepada makna ‘alsofaak’ ,dimana kitab-kitab dan ajaran para ahli tasawuf itu darat drngan saranan,nasihat dan panduan kea rah menyucikan hati.Jesteru,inilah yang lebih sesuai berdasarkan kepada perubahan zaman,masa dan tempat yang mana nadir (jarang) mereka memakai pakaian bulu mutakkhir ini.Sebaliknya majlis mereka,sama ada pengajaran,zikir dan lain-lain lagi menjurus kepada matlamat pembersihan jiwa dan hati.