‎"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar." (Umar bin Kattab)

Tuesday, February 28, 2012

RUKUN QOLBI

Apa itu rukun Qolbi? Rukun Qolbi adalah niat dan lafaz didalam hati dan ketertiban didalam solat. Perkara yang terkandung didalam Niat dan Tertib adalah seperti berikut; NIAT Ada tiga perkara penting yang perlu terkandung dalam niat iaitu kasad, taarud dan takyin. Kasad bererti sengaja melakukan sembahyang. Taarud ialah kenyataan tentang sifat sembahyang, sama ada fardu atau sunat. Manakala takyin pula ialah ketentuan sembahyang seperti sembahyang zuhur, aidilfitri, tarawih dan sebagainya. Perkara-perkara lain yang sunat disebut ialah tentang rakaat, tunai atau qada juga sebutan tentang kerana Allah Taala. TERTIB Tertib adalah Rukun ke 13 dalam rangkaian arkaan solat. Ada beberapa perkara penting dalam tertib didalam solat dan sebahagiannya adalah bersuci diri dan menghadap kiblat.Seperti cara Rasulullah ddidalam solatnya, Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda Yang terkandung di dalam qalbi itu 2 perkara iaitu niat dan tertib. rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.” -(Muslim)

RUKUN SOLAT

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori: 1. Qalbi (diingat dalam hati) 2. Qauli (diucap dengan lidah) 3. Fi'li (perbuatan) Rukun solat ada 13 perkara iaitu: 1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li] 2. Niat.[Qalbi] 3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli] 4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli] 5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li] 6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li] 7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li] 8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li] 9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li] 10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli] 11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli] 12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli] 13. Tertib [Qalbi] Note: tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah) Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

Sunday, February 26, 2012

KELEBIHAN WANITA

‎1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari. 3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. 4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. … 5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.. Sesungguhnya wanita hamil deberi keistimewaan dalam ketika menjalankan urusannya dalam melahirkan khalifah dimuka bumi ini,seseuatu yang dipandang tinggi diatas pengorbanannya yang besar.Jadi wahai wanita,jangan merasai sia-sia sedangkan didalan amanah yang dijalankan kamu itu adalah sungguh kehendak Allah dan begitu jugalah dengan darjatmu yang ditempatkan sebagai syahid andai kamu meninngal didalam perjuanganmu..

Friday, February 10, 2012

ANTARA 10 PERKARA TIDAK DITERIMA SOLATNYA OLEH ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MEMELIHARA solat, maka solat itu sebagai CAHAYA baginya, PETUNJUK dan JALAN SELAMAT dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba’. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang SOLATNYA itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan KEMURKAAN Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.”

SABAR

Orang yang mampu bersabar itu ialah orang yang beriman.Firman Allah yang bermaksud,"Dan orang yang bersabar dalam musibah,penderitaan Dan dalam peperangan,mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertakwa,"(Surah al-Baqarah 2:177)
Antara 7 ketegori sabar;
 ~> Sabar menahan daripada kehendak syahwat perut dan kemaluan.Sabar ini disebut IFFAH. ~> Sabar dalam menghadapi musibah,lazimnya disebut SABAR. ~> Sabar dalam keadaan kehidupannya yang serb a cukup Dan mampu.Sabar ini disebut MENGAWAL NAFSU. ~> Sabar dalam peperangan Dan pertempuran.Sabar ini disebut SHAJA'AH (berani). ~> Sabar dalam mengekang marah.Sabar ini disebut AL-HILM ( lemah lembut). ~> Sabar menyimpan rahsia.Sabar itu disebut KATM. ~> Sabar memiliki kelebihan Dan kemewahan.Sabar ini disebut ZUHUD. Antara 7 ketegori sabar diatas, di manakah tahap kesabaran anda?

CARA PEMAKANAN RASULULLAH

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. Jangan makan SUSU + DAGING Jangan makan DAGING + IKAN Jangan makan IKAN + SUSU Jangan makan AYAM + SUSU Jangan makan IKAN + TELUR Jangan makan IKAN + DAUN SALAD Jangan makan SUSU + CUKA Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL # JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. # TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. # JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. `````````````````````````` Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Cara Rasulullah Makan 1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Sama2lah kita mengamalka

HUKUM HARAM MENYENTUH ANJING

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma Ulama', Ulama'. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma Ulama' adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam. Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah. Dalam memahami syariah Islam, kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Kufur kepada sunnah Nabawiyah sama seperti kufur kepada Al-Quran. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari wahyu Allah SWT juga. Adapun dalil dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut: Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila seekor anjing minum dari bekas milik kalian, maka cucilah 7 kali." Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah. Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis, bahkan kedudukan najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah), kerana untuk mensucikannya dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air tanah, sama seperti najis babi. Bagi Mazhab As-Syafiiey‚ Makkiiyyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada pandangan Syafiieyy‚ Makkiiyyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya. Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda: "Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis. Wallahua'lam. (petikan dari seorang sumber yang arif)

HUKUM MENGHIAS POTRET DIDALAM RUMAH

Kata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar.” 'Abdullah B. 'Abbas radhiyallahu 'anhuma menjelaskan, "Yg dimaksudkan adalah gambar yg memiliki unsur ruh (menyerupai makhluk bernyawa).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 12/396, no. 3701) * Jadi, elakkanlah menggantung-gantung gambar di rumah walaupun sebagai potret2 kenangan dan Seumpamanya. Asrul Salafi ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah mengkhabarkan (kepada al-Qasim B. Muhammad): أَنَّهَا اشْتَرَتْ نُمْرُقَةً فِيهَا تَصَاوِيرُ فَلَمَّا رَآهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ عَلَى الْبَابِ فَلَمْ يَدْخُلْهُ فَعَرَفْتُ فِي وَجْهِهِ الْكَرَاهِيَةَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتُوبُ إِلَى اللَّهِ وَإِلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاذَا أَذْنَبْتُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَالُ هَذِهِ النُّمْرُقَةِ قُلْتُ اشْتَرَيْتُهَا لَكَ لِتَقْعُدَ عَلَيْهَا وَتَوَسَّدَهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَصْحَابَ هَذِهِ الصُّوَرِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُعَذَّبُونَ فَيُقَالُ لَهُمْ أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ وَقَالَ إِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي فِيهِ الصُّوَرُ لَا تَدْخُلُهُ الْمَلَائِكَةُ “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihatnya, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, (tolong beritahu aku) apa dosa-ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan meletakkan kepala padanya”. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata, “Bahawasanya pelukis gambar ini akan di-azab pada hari kiamat, dikatakan kepada mereka, “Hidupkanlah apa yang telah kamu ciptakan.”.” Rasulullah menambah, “Rumah yang di dalamnya terdapat gambar (yang memiliki unsur ruh atau menyerupai makhluk bernyawa), malaikat tidak masuk ke dalamnya.”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7/293, no. 1963)
Daripada Said B. Abu al-Hasan, beliau berkata: كُنْتُ عِنْدَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا إِذْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا عَبَّاسٍ إِنِّي إِنْسَانٌ إِنَّمَا مَعِيشَتِي مِنْ صَنْعَةِ يَدِي وَإِنِّي أَصْنَعُ هَذِهِ التَّصَاوِيرَ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَا أُحَدِّثُكَ إِلَّا مَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ سَمِعْتُهُ يَقُولُ مَنْ صَوَّرَ صُورَةً فَإِنَّ اللَّهَ مُعَذِّبُهُ حَتَّى يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ بِنَافِخٍ فِيهَا أَبَدًا فَرَبَا الرَّجُلُ رَبْوَةً شَدِيدَةً وَاصْفَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ وَيْحَكَ إِنْ أَبَيْتَ إِلَّا أَنْ تَصْنَعَ فَعَلَيْكَ بِهَذَا الشَّجَرِ كُلِّ شَيْءٍ لَيْسَ فِيهِ رُوحٌ “Ketika aku berada di sisi Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Aku sekadar memberi tahu apa yang aku dengar daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau bersabda, “Sesiapa yang melukis gambar, dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan mampu untuk menghidupkannya sampai bila-bila pun.” Maka lelaki itu pun menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat (bila mengetahui perkara tersebut). Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu melukis gambar-gambar, aku nasihatkan supaya kamu melukis gambar tumbuh-tumbuhan dan sebarang gambar yang tidak memiliki unsur ruh (bernyawa).”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli 7/467, no. 2073. Muslim, Kitab Pakaian dan Perhiasan, 11/25, no.3945) Berkata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma: أَخْبَرَنِي أَبُو طَلْحَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ صَاحِبُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ يُرِيدُ التَّمَاثِيلَ الَّتِي فِيهَا الْأَرْوَاحُ “Abu Talhah telah mengkhabarkan kepadaku, beliau yang merupakan seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama-sama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dimaksudkan adalah gambar yang memiliki unsur ruh (menyerupai makhluk bernyawa).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 12/396, no. 3701) Dalam riwayat yang lain, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: الصُّورَةُ الرَّأْسُ فَإِذَا قُطِعَ الرَّأْسُ فَلَيْسَ بِصُورَةٍ “Gambar itu merujuk kepada kepala, jika dihilangkan kepalanya maka tidaklah dimaksudkan sebagai gambar (yang dilarang).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, Bab: Keringanan dalam Hal Berkaitan Gambar, 7/270, no. 14974. Dinilai sahih oleh al-Albani) Meletak Gambar Di Kubur: ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata - Ummu Habibah dan Ummu Salamah pernah menceritakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa mereka melihat gereja di Habasyah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar. Maka beliau pun bersabda: إِنَّ أُولَئِكَ إِذَا كَانَ فِيهِمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ فَمَاتَ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلكَ الصُّوَرَ فَأُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ “Mereka (ahli kitab), jika ada seorang yang soleh dari kalangan mereka meninggal, mereka membina masjid (tempat ibadah) di atas kuburnya dan mereka membuat (meletakkan) gambarnya pada kubur tersebut. Merekalah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/201, no. 409)

ALKOHOL

Bukan semua alkohol haram Umumnya umat Islam melihat setiap yang mengandungi alkohol itu adalah haram. Apakah beza arak dengan alkohol? Tanggapan sedemikian tidak tepat. Memang sebagai umat Islam, kita wajib mencari yang halal. Dalam hal ini sudah pastilah bebas daripada arak dan alkohol atau juga secara umumnya dikenali sebagai etanol. Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak. Tokoh Islam kontemporari, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi misalnya pernah mengeluarkan pandangan bahawa penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. Istilah alkohol yang dimaksudkan di sini bukanlah arak. Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, tidak memenuhi keperluan halal. Alkohol, secara umumnya pula merujuk kepada etanol tulen dan etanol nyahasli pada sebarang kepekatan (proof). Secara kimia, alkohol merujuk kepada sebarang sebatian kimia yang mengandungi kumpulan hidroksil (-OH). Sebagai contoh, iso-propil alkohol, metil alkohol (metanol), butil alkohol (butanol), propil alkohol (propanol), sorbitol dan inositol. Sorbitol misalnya, walaupun ianya tergolong dalam kumpulan alkohol adalah pemanis dan tidak mempunyai sifat yang memabukkan. Bagaimanapun, seperkara yang perlu dijelaskan adalah tidak semua etanol terhasil daripada proses pembuatan arak. Ini kerana terdapat juga etanol yang terhasil daripada proses penapaian tumbuhan yang bukan bertujuan untuk menghasilkan arak, seperti alkohol industri. Etanol juga boleh terjana secara sintesis kimia iaitu daripada sumber petroleum, melalui hidrasi etilena. Etanol adalah salah satu sebatian yang terkandung dalam arak dan sebatian inilah yang sebenarnya akan menyebabkan peminumnya menjadi mabuk. Selain dariapada itu, arak juga mengandungi sebatian lain seperti ester, asid, aldehid, keton dan sebagainya yang membentuk sifat-sifat rasa arak itu. Daripada segi industri pula, ada etanol yang hasilkan untuk berfungsi sebagai pelarut untuk pelbagai bahan industri dan digunakan dalam perisa, pewarna, cat, kosmetik dan ubatan yang tiada kaitannya dengan penghasilan arak. Perbezaan utama antara arak dan etanol industri ini adalah dari segi tujuan ia dihasilkan. Arak dihasilkan dan boleh menyebab kemabukan manakala etanol industri adalah sebagai pelarut untuk pelbagai bahan industri. Penggunaan alkohol sebagai bahan cita rasa, Dalam hal ini Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 24 Nov. 1988 telah mengeluarkan kenyataan bahawa kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya: Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan. Istilah al-kuhl itu sendiri adalah perkataan Arab yang diperkenalkan oleh saintis Islam zaman dahulu. Bahan ini tidak semestinya ada kena mengena dengan pengeluaran arak. Demikian juga dengan etanol, walaupun ada yang digunakan untuk menghasilkan minuman beralkohol tetapi ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain.
sebagai dalam pencuci, bahan kimia untuk uji kaji makmal, bahan bakar, pelarut untuk pengekstrakan bahan warna, pelarut untuk pengekstrakan produk perubatan dan pelarut untuk pewangi. Malah, etanol juga turut disapu pada lengan kita sebelum diberi suntikan oleh doktor untuk membersih dan mengelak jangkitan. Mengikut Peraturan Makanan (1985) di bawah Akta Makanan (1983), bahan minuman yang mengandungi lebih dua peratus kandungan alkohol hendaklah dipamerkan dengan perkataan 'Arak Mengandungi % Alkohol' pada botolnya. Alkohol nyah-Asli, Alkohol nyah-asli bermaksud penambahan bahan tambah seperti metanol, pyridine, denotorium kepada etanol tulen yang dihasilkan secara sintesis kimia petroleum atau fermentasi bahan pertanian. Dengan menggunakan bahan tambah ini menjadikannya beracun, atau menjadi pahit dan tidak boleh dimakan. Ini dapat menutup ruang atau kesempatan di mana bahan yang ditambah dengan etanol tersebut boleh digunakan sebagai arak. Bahan tambah lain yang digunakan untuk industri seperti iso-propanol, gasolin, metil-etil keton, klorofom, metil-isobutil keton dan denatonium benzoate. pengambilan alkohol kepada tubuh badan.. Berdasarkan kajian yang dilakukan dalam bidang perubatan, alkohol (etanol) akan mula memberi kesan kepada tubuh apabila kandungan alkohol dalam darah (Blood Alcohol Content atau BAC) berada pada tahap 0.06 hingga 0.09 g/100 ml (lihat rajah Tahap Ketosikan Pengambilan Alkohol Kepada Manusia) Dalam mengkaji etanol dalam tubuh manusia, kita boleh merujuk kepada model matematik metabolisme yang diperkenalkan oleh Dr. Erik Matteo Prochet Widmark (1889 - 1945), seorang ahli fisiologi Sweden. Berdasarkan bukunya, Principles and Applications of Medico-legal Alcohol Determination (1932). Hasil kerja Widmark sangat terkenal hinggakan pada tahun 1965, University of Indiana menubuhkan Anugerah Widmark bagi menyanjung kerja beliau. Perjalanan etanol dalam badan pula adalah seperti berikut. Etanol tidak perlu dihadam kerana ia cepat diserap oleh badan. Lebih kurang 20% diserap terus melalui dinding perut yang kosong dan boleh sampai ke otak dalam masa satu minit. Kemudian diserap secara pantas pada bahagian atas usus kecil, dan dari situ dibawa oleh darah ke hati dan akhirnya ke buah pinggang. Hanya sel-sel hati mengeluarkan enzim dehydrogenase pada jumlah yang mencukupi untuk penguraian alkohol. Secara tabiinya, wanita menghasilkan jumlah dehydrogenase yang kurang berbanding lelaki. Sebab itu, secara teorinya kaum wanita akan lebih cepat mabuk berbanding lelaki. Baru-baru ini, isu pengharaman penggunaan cuka wain disentuh. Ada juga pihak yang meminta keputusan itu dikaji semula. Apa pandangan saudara: Pengharaman cuka wain itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-76 pada 4-6 April 2006. Keputusan Muzakarah adalah: Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal. Cuka wain ini banyak digunakan dalam penyediaan pencuci mulut, bahan perap daging, salad dressing, mustard, jeruk dan sos. Bagaimanapun, saya suka mencadangkan agar kita melihat kepada tiga aspek sebelum membuat keputusan dalam hal ini. Pertama, memahami asas kepada pengharaman itu. Salah satu daripadanya berdasarkan kepada istilah wain iaitu mengharamkan sesuatu itu disebabkan konotasi pada namanya. Contohnya, kalau wain ia mesti haram. Begitu juga kalau istilah bak kut teh (sup babi) membawa kepada konotasi bahan yang haram. Dalam Standard Makanan Halal (MS1500) (Semakan Kedua) yang dikuatkuasakan mulai November 2009, mana-mana produk yang mempunyai istilah yang membawa kepada konotasi bahan yang haram tidak akan diberi pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kedua, kita perlu menjelaskan apakah maksud campur tangan bahan luar sehingga menyebabkan cuka wain itu haram. Ia supaya berlaku adil kepada realiti dan pihak industri. Sebabnya, dalam industri sekarang, memang secara sengaja dimasukkan bakteria asid asetik supaya hasilnya dimana alkohol secara pastinya akan bertukar menjadi cuka. Mereka ini tidak boleh mengambil risiko. Misalnya menyediakan 10 tong untuk dijadikan cuka wain atau cuka asli, jika kita membiarkan proses tersebut berlaku secara tabie tanpa dikawal atau diinokulasi secara sengaja, tidak dapat dipastikan sama ada proses fermentasi tersebut akan menghasilkan cuka atau ia akan akan rosak akibat daripada pencemaran bakteria lain. Ketiga, peratusan kandungan alkohol di dalam cuka tersebut. Kajian yang kami lakukan di atas sampel-sampel yang diambil daripada pasaran setakat ini mendapati kandungan paling tinggi alkohol dalam cuka adalah 0.18 peratus. Ini menjelaskan bahawa kandungan alkohol sedemikian adalah rendah dan kemungkinan besar tidak boleh memabukkan.

NIKMAT SYURGA

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman : "(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15) Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya : "Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23) "Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56) "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58) "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37) Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau : " … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu) Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nomor 1557) Ciri-ciri wanita syurga Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia. Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah : 1. Bertakwa. 2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk. 3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu. 4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya. 5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya. 6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata. 7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat. 8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki. 9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya. 10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia. 11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk. 12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah). 13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya. 14. Berbakti kepada kedua orang tua. 15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman : " … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

TIPS MENAHAN MARAH DIDALAM ISLAM

Syaikh Wahiid Baali hafizhohulloh menyebutkan beberapa tips untuk menahan marah. Diantaranya ialah: 1. Membaca ta’awudz yaitu, “A’udzubillahi minasy syaithanir rajiim”. 2. Mengingat besarnya pahala orang yang mampu menahan luapan marahnya. 3. Mengambil sikap diam, tidak berbicara. 4. Duduk atau berbaring. 5. Memikirkan betapa hodoh penampilannya apabila sedang dalam keadaan marah. 6. Mengingat agungnya balasan bagi orang yang ingin memaafkan kesalahan orang yang bodoh. 7. Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan karana itu semua termasuk perangai orang-orang bodoh.
Syaikh As Sa’di rohimahulloh mengatakan, “Sebaik-baik orang ialah yang keinginannya tunduk mengikuti ajaran Rasul shollallohu ‘alaihi wa sallam, yang menjadikan murka dan pembelaannya dilakukan demi mempertahankan kebenaran dari kongkongan kebatilan. Sedangkan seburuk-buruk manusa adalah yang suka melampiaskan hawa nafsu dan kemarahannya. Laa haula wa laa quwwata illa billaah”.

LUASNYA NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

SOLAT AKHIR WAKTU

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free" Sekatan tol tiada Tiada "jem" Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah?. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka.. Jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga, La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin. Assalaamu'alaikum, Minta tolong Akh s2s, Ustaz Kamin atau sesiapa saja beri penerangan beserta dalil seputar mengerjakan solat Isya' - mengenai dua (?) pendapat bagi batas akhir solat Isya' serta 'anjuran melambatkan sedikit' (?) solat Isya'. Terima kasih atas responnya nanti. wassalaamualaikum tiara jawapan: THTL- Spt yg dijanjikan, inilah jawapan berdasarkan dalil Satu: Waktu solat Isyaa' Hadis # 1: Dari Aisyah ra " hendaklah kalian solat Isya' ('Atamah), waktunya bila lenyapnya syafaq (ufuq merah) iaitu hingga sepertiga awal malam (pukul 10:00 hingga 11:00 malam). (Sahih alBukhari (kitab alAzan/1/219)) Hadis #3: Dari Anas ra " Nabi saw telah melewatkan solat Isyaa' hingga ke sparuh malam, barulah baginda solat." (Muttafaq 'alayh; Nail alAwthor/2/12) Maka waktu mustahab atau waktu afdhal bg solat isya' ialah sekitar pukul 10:00 atau 11:00 malam (Syaukani, Sail alJarar: /183; Sadiq Hasan Kha, syarh adDurar: 1/70) DUA: Solat di Awal Waktunya Dalil #1: Dari Ibn Mas'ood ra " aku bertanya RasuluLlah saw, apakah amal yg lebih disukai ALlah?" Sabda baginda," asolah 'ala WAQTIHA" (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yg benar ialah solat pada waktunya) Bukhari-Muslim (alMundziri, atTarghieb/1/220) Dalil#2: Juga dari Ibn Mas'ood tapi matanya ialah "assolah fi awwali Waqtiha" (solat pada awal waktunya) (Sunan adDaruqutni: 1/246 no 4, Sahih Ibn Khuzaimah 1/169, Sahih ibn Hibban no 1475, alHakim, almustadrak 1/300 no 677) Dalil#3: Dari Ibn Umar ra " solat pada awal waktu mendapat keredhaan Allah, solat pada akhir waktu mendapat kema'afan Allah." HR atTermdizi
Komentar Imam Syafi'iy mengenai hadis ini. Ia adalah hujah. Maksud keredhaan Allah ialah kerana solat diawal waktu adalah perbuatan Ihsan (excellence), manakala kema'afan Allah kerana telah cuai dgn melengah-lengahkan solat. Bagaimana kita menjama'kan dua dalil ini: Umumnya: afdhal solat dalam waktu atau awal waktu, manakala bagi solat Isya': khusus disebut afdhalnya diakhirkan. Tarjih: Fiqh Syafi'iy: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya'.(alMuhadzb: 1/53 Fiqh Maliki: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya' (syarh alKabir, 1/179) Fiqh Hanbali: Sunat solat pada awal waktu kecuali Isya'(jika tidak mendatangkan kesulitan makmum), jika mendatangkan kesulitan makmum, maka makruh dilewatkan (alMughni;1/385) Fiqh Hanafi (tidak dikaji kerana ia amat teknikal utk difahami) Fiqh Sunnah: Sunat dilewatkan solat Isya' tapi Nabi menghentikan kerana ia membebankan orang ramai (fiqh Sunnah, edisi tahqeeq: 1/134, darul fatah, cairo) Dalilnya: #1: Hadis Aisyah ra: "sekarang waktu yg sesungguhnya, KALAU tidaklah membebankan ummatku." Muslim, kitab almasajid hadis # 219 Kata alNawawi: inilah masanya bukanlah terlalu lewat sangat #2: Hadis Jabir ra " (baginda solat isya'. kekadang di undurkan (dilewatkan) kekadang dimajukan (diawalkan).." Bukhari, Muslim, alsahih, kitab almasajid, no 233) rumusan: bagi wanita yg solat di rumah, maka afdhal adalah dilewatkan sikit, itupun kalau disenangi suami. Jika suami tidak senang, maka hendaklah diawalkan.

Thursday, February 9, 2012

KEPERIBADIAN MUSLIMAH

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu : 1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul 2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya 3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami 4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya 5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan. “ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269). Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya. Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci. “Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221). Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah. Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran. Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal atau Murtad

Bagaimana Syahadah seseorang muslim itu boleh terbatal?  Sebagai seseorang yang beragama Islam kita perlu sentiasa menjaga syahadah kita agar tidak terbatal ataupun 'murtad' walau apapun alasan yang diberikan.  Kerana dengan terbatalnya syahadah kita dan tidak sempat bertaubat dan mati maka sia-sialah amalan kebaikan yang kita lakukan.  Jadi marilah sama-sama kita menjaga syahadah kita dan berdoa agar kita dipeliharakan akidah kita.  >>Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal atau Murtad<< 1. Sujud/tunduk kepada berhala acara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.  2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Akkah yang mulia. Sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis Nabi s.a.w., Hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta laranganNya dan sebagainya.  3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiar (pilihan sendiri, bukan paksaan).  4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. Begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:  Maksudnya: “Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya” (Surah al-Baqarah 2: 217) nauzubillah min zalik...
**Berkaitan tentang meninggalkan solat Jumaat** >>Apakah hukum solat Jumaat?<< Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an. Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam.  Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur.  Akan tetapi, ia hanya diterima jika kerana sebab-sebab berikut : - jika terlalu sakit,  - jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat,  - jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir. wallahu a'lam...